Wednesday, September 25, 2013

# tough



Kenapa tough? Sebab minggu ni aku rasa minggu yang paling lambat nak berlalu. Tau tau esok baru nak masuk hari Khamis. Kenapa lambat sangat? Kenapa aku rasa macam ni? Sebab hati aku tak tenteram..iyelah pantai mana tak di landa badai eheeewah! 

Bab project yang aku buat sekarang ni sangat lah takde masalah. Ia berjalan lancar sepertimana yang aku harapkan. Tinggal beberapa phase dan tamat lah satu project dengan kompani sekarang. 

Apa yang menyedihkan hati?

Office kami di Kuala Lumpur akan di tutup untuk subsurface team. 

Kami tiada pilihan selain dari memilih pilihan yang sedia ada

Apa pilihan yang sedia ada?

Semua team subsurface akan di pindah kan secara permanent basis di Voorburg efektif selepas 30 September 2013. 

Apa jadi kalau kami tak mahu terima tawaran ini?

Ia adalah masa untuk kami membuat keputusan samada nak menerima dan terus bekerja sama seperti kawan kawan yang lain atau..............meninggalkan organisasi T-T

Sesungguh nya aku sedih sebab aku lebih berat kepada keputusan akan mendapatkan tawaran yang jauh lebih baik di Malaysia. Bukan lah sebab kena duduk sini aku tak mahu. Tapi terlalu banyak yang harus aku fikirkan bila aku sorang sorang di sini bersama anak satu. Emak akan balik ke Malaysia sebab siapa pula nak tengokkan afzal? Afzal adik aku yang bongsu tapi dia lah adik yang paling banyak beralah demi kakak dia ni. Kalau aku minta mak terus duduk dengan aku di sini adakah aku ni adil pada adik aku? Dah kami ayah dah tak ada, aku nak ambil emak dari dia. Aku kejam kalau aku pentingkan diri. Kejam. 

Suami tiada di sini dengan aku dan anak. Suami aku di Erbil, Kurdistan. Sekarang ada di Oman. Kami ni berada dalam long distance relationship selama ni. Kalau sakit pening aku di Malaysia ada emak dan adik nak tengok aku dan anak. Kalau kami di sini siapa yang boleh kami harapkan? Suami pun berbelas jam baru boleh sampai ke Holland. Aku tak pernah menyalahkan suami dengan kerja nya. Inilah cara dia mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Maka sekurang kurang nya bila aku di Negara sendiri dia pun tidak risau mana memikirkan keselamatan kami dua beranak.

Aku masih punya impian untuk meneruskan pelajaran. Aku masih punya cita cita untuk mendapatkan phd di tangan. Jadi tidak salah untuk aku pulang menghabiskan master yang tertangguh dan aku harus mulakan semula kalini dengan bersungguh sungguh. Dua tahun tak lama. Siap master aku akan teruskan perjuangan ke tangga terakhir dan masa tu aku akan ke luar Negara semula InshaAllah. Selesaikan misi satu satu dan bermula lah dengan buku baru. 

Aku sudah pun mendapat tawaran di Malaysia. Belom balik ada dah. Alhamdulillah. Cuma rotation nya pula di Negara Asean. Ulang alik Jakarta tak sejauh ulang alik Malaysia dan Holland. Lebih rasa aku masih di tanah sendiri walau di Jakarta sekalipon. Bila rindu kita kesini lagi. Why not? 13 jam nak jet lag 2 tahun sekali tak ada salah nya  :D

Doakan yang terbaik untuk semua. Doakan kejayaan kita semua. inshaAllah yang terbaik itu akan datang untuk kita. Aku belom lagi membuat keputusan tentang apa apa. Tidak berkata Iya untuk tawaran, tidak berkata Tidak untuk tawaran yang di terima. Aku hanya mahu pulang sesudah project Algeria siap dan aku akan berjumpa dengan APAC manager di Malaysia. Masa tu barulah aku akan decide apakah yang terbaik untuk aku dan keluarga. Aku sudah punya keluarga. Keluarga juga la perkara utama dalam banyak perkara. Sungguhpun tawaran aku di kompani sekarang tidak lah membuat kan aku papa kedana..Cuma aku rasa kan dengan amaun yang sebanyak itu aku mungkin terlepas banyak perkara bersama keluarga. Keluarga di Malaysia. Hm Nampak nya pemikiran dah tak macam orang bujang kan? Aku dah level level emak dah memang patut lah pun aku dah mula fikir macam ni hahaha. 

Apa apa pun..all the best to myself and I said it to myself hahaha. All the best to all you as well! :D

Goodnight. Bye 





# selasa



Semalam mak cerita alang dah keluar operasi. Sekarang tengah cuti. 
Lagi beberapa hari lagi dia kena ke Jeli nak attend kursus.
“Mak, alang naik pangkat”
Tahniah alang. Rezeki anak orang tua tua kata.
Aku happy untuk kau dan keluarga.
Jumpa bulan 11 nanti. Nikah Angah kau mesti ada.
Kita semua mesti ada :)