Thursday, September 26, 2013

# pemburu kepala



Ini adalah cerita tentang seorang pemburu kepala atau nama bahasa inggeris nya “head hunter”. Itu lah, bila aku marah kau terasa tapi kau nak kena bahasakan baru lah kau reti bahasa. Aku tak marah headhuter di Malaysia sebab selama aku kerja di Malaysia takde pulak headhunter macam yang aku tahu harini.

Petang tadi aku di kejutkan dengan satu panggilan telefon di TALIAN office di Netherlands. Aku agak pelik dan tertanya Tanya siapa lah mamat ni duk call aku kat line office aku ni. Masa mula mula aku angkat call tu Ilse si gadis receptionist ni yang jawab, dia kata ada lelaki yang cuba contact aku dekat line KL tak dapat so dia call office. Dia minta sambungkan talian ni ke meja aku. Ok walaupun aku sumpah was was sapela pulak yang gila call ni tapi tak pa aku jawab juga. Dalam hati siapa la yang sibuk nak korek nombor office kan. Macam melampau je.

Masa dia call tu aku Tanya kau siapa? Kau ni call dari mana? Dia tanak jawab. Dia kata oklah kasi aku nombor telepon private jadi aku boleh call kemudian. Aku pon kasi nombor personal aku di sini dan dalam 30 minit lepas tu aku dapat panggilan dari dia. Kata nya dia Arby, call dari Geneva, ya aku tau lah Geneva itu hq office so aku takde ragu mana lagi tapi aku Tanya ada ape hal kenapa nak call line celcom gua? Dia macam takde alasan yang meyakinkan jadi dia kata actually ada project yang dia rasakan aku interested untuk join dan dia akan drop email ke email aku untuk aku tengok dan pertimbangkan. Cukup meragukan mamat ni.siap aku Tanya ni project under company aku ke kan sebab kalau project untuk company lain memang aku tanak layan.dia kata ya untuk company aku. Ok aku kasi email untuk dia hantar apakah project nya. Ia adalah tawaran pakej pekerjaan ye. Dan kau suka suki cakap ada project untuk company aku kan?

Pastu Ilse turun bawah dan Tanya adakah aku sekarang sedang dalam case study di KL? Ada project yang aku tengah attach ke? Sebab mamat yang call tadi tu cakap dia nak discuss dengan aku pasal project dekat KL yang aku tengah buat like what the hell is this guy talking about?? Nak kasi aku kena buang ke apa dia ni? Terer gila buat cerita. And aku bukan la mahaguru dah suka suka jadi freelance plak nak keje kat mesia pastu datang sini. Kalau aku dah terer takde lah aku ade cikgu kat sini. Over la alasan macam tu nak kasi untuk orang level aku ni hahahhaha klaka pulak rasa.

Untuk itu all you head hunter..creative benor engkorang ni nak catch orang pon. Jangan buat gitu selalu nanti kami yang naya. Di kata berpaling tadah pulak nanti sebab di kata “tengah attach dengan project di KL” project apa tuuuuu? Hahahhaa

Bai!