Tuesday, October 22, 2013

#blood test

Hari ini akan sedikit busy lagi sebab aku nak anta mak untuk blood test. Semalam dah ke damai service hospital, tapi nurse cakap mak oevrfasting pulak jadi kena ambil harini lah. Plan nak membuat cupboard cleaning masih on hold sebab semalam kami satu family ke hospital selayang visit pak usu. Sampai rumah pun dah malam masa tu sampai nak masak pon dah tak larat. Kami hantam roti saja makan. Dah nak turun masing masing penat jadi makan lah apa yang ada. So..macam tu la Nampak nya plan untuk harini.

Tadi aku duk cek gambar gambar kami masa dekat Paris dengan Amsterdam tapi aku tak pandai nak pilih gamba lawa lawa kalau orang lain yang amik. Mungkin sebab lelaki ni suka amik gamba pemandangan je jadi nak interframe banyak banyak tu payah la sikit. Takpela petang petang la aku check handphone sendiri pulak. Kalau tengok balik gambar yang kita snap sendiri kita tau apa nak cerita kan?

Selamat bekerja to all of you. Macam biasa lah..aku masih suri suri di rumah haha.


Kbai.

# debu

Sesungguh nya memang agak la dah berhabuk berdebu dah belog aku. Lagi 2 hari genap lah sebulan tak up apa apa entry wahahaha..Dah balik Mesia pon aku diam je..yelah sekarang mak busy tau. Banyak kerja walaupon mak dah berstatus jobless, yelah kan haritu mula mula tanak accept offer dekat Netherlands, lepas tu tiba tiba pagi ni masa bangun tidur suami hantar email bagitau HR manager dekat east Netherlands nak call dia pulak nak interview. Mak tak tau nak berasa apa dah ni, dah la mak dah turn down the offer lepas tu selamber je suami pulak nak dapat offer sana macam mana ni?? Kalau la dia dapat job sana.. memang mak buat muka tebal jela pergi Tanya balik Danilo dengan Nalynie boleh tak aku nak join balik hahahaha. Kasi redah janji kerja mak dapat tak gitu? Tapi itu takpeeee, kita boleh je cari job lain pun once kita dah duduk sana ape ade hal. Itu kalau plan B berlaku.

Buat masa ni mak nak jalani plan A mak dulu iaitu duduk di rumah menikmati hari cuti sambil sambil bertanya kabar kawan kawan dan menunggu email email interview masuk. Buat masa ni mak baru pegi attend interview company ala ala bangga dengan diri sendiri iaitu slb.

To be frank lah kan, mak banyak je interview dengan banyak company sebelom ni tapi tak de lah seteruk slb. Mak bukan tak suke tapi mak tak berapa bekenan itu aje. Mak dah attend international interview dah sebelum ni tapi dengan selamber nya interviewer Tanya mak “you rasa lah kenapa ye Holland would like to offer you the permanent job there?” of course la mak jawab sebab they know I can do the work and I can deliver. Lepas tu dengan selamber mulot takde insuren nye dia jawab balik soalan dia. “I rasa bukan sebab tu…I rasa sebab dorang rasa you ni extraordinary hardworking, that’s why dorang suka you and nak you permanent kat sana..”

oh begitu ye kau menjawab soalan yang aku rasa kau tak layak pon nak kasi judgement pada aku. Apa kau ingat sebab aku orang Asia so kau rasa aku ni sanggup jadi kulibatak matsaleh ke? Kepalahotaks kau lah kan kalau nak berfikir macam tu. SGS hire hundreds of staffs from 23 nation and country kau paham? Aku sorang je bertudung dekat company tu tapi tak pernah aku kena humiliate macam ni. Serious aku rasa kalau aku dapat second call pon aku tak hingin nak datang dah.

Bila mak dah start buat muka dia cakap pulak “eh you jangan cepat kasi assumption, kita takde pun cakap you tak dapat job ni atau apa apa pun”  mak hanya tersenyum dan cakap well…mak bukan la nak merasa down sebab mak ni serba tak tahu apa yang you Tanya tapi sebenarnya mak dah meluat nak tengok muka you itu aja..mak tak suka nak hadap interview ni sebab membuang masa.

By the way mak pon sangat cetek pengalaman so mak tak rasa la mak mampu mengimpress kan you dengan presentation mak pun. Mak pon join project ciput ciput aje setakat 5 6 juta Euro punya project mana lah slb nak pandang kan. You sangat berbangga dah dapat block dalam Malaysia tapi mak buat project global ye excuse me. Mak join sampai project Alaska nama nya Eikaloo. You tau ke nama project tu? Tak pe lah mak malas nak gaduh dengan you. Lebih baik mak attend interview dengan company lain lah Nampak nya ok?

Petronas minggu depan tapi tarikh nak konfem belom ada lagi. Mana ni you all? Lundin ni HR manager super busy you tanak panggil you email je I okay.

Sementara tu mak boleh lah uruskan grill rumah nak pasang, kitchen cabinet nak buat kira kira budgeting, wiring rumah mak aircond tak tau lagi mana nak letak satu satu. Banyak keje mak ni. Nasib baik tiles rumah mak dah siap. Pakai parquet di bilik atas kempis wallet kerana rumah tak mengapa sayang jangan kempis di kereta mak tak bekenan sangat.

Minggu depan mak dapat lah email dapat ke tidak ke stage technical evaluation tu. Mak harap harap ada la rejeki di company lain kan. Tapi kalau suami dapat job kat east NL mak terpaksa tinggalkan Malaysia dan of course mak akan keje Netherlands balik. Itu saja lah update untuk kes semalam. 
Kiranya ni hati mak ni dah cool la sikit dari semalam.

Kita ada entry untuk mana mak pergi masa jalan jalan di Holland dan Paris. Itu kena cek dalam update twitter jugak sebab rasa macam banyak je mak terlepas cerita nak cerita satu satu ni kan. Takpe you all, tunggu jela. Nanti sampai menyampah nak bukak belog mak dah pasni sebab kena melayan gamba je hahaha.


Happy working you all! Bai.