Thursday, November 7, 2013

# keratan 1

Khamis malam Jumaat

Malam malam yang indah ni merupakan malam yang best untuk kita berkongsi cerita. Cerita yang aku bakal ceritakan ni bukan lah rekaan semata mata, kau ulang sekali lagi ayat aku ni IA BUKAN REKAAN SEMATA MATA. Dalam erti kata lain nya, ia merupakan kisah benar berlaku di depan mata ku sendiri.

Cerita ini di bahagi kepada dua. Keratan satu dan keratan dua aku bahagikan. Bagi adil saksama.

Keratan 1;

Kami pulang ke kampong halaman di Hulu Bernam, daerah Hulu Selangor. Sini lah rumah aku. Sini lah tempat aku di besarkan, pulang ke rumah yang dah agak lama kami tak tengok. Dah lama tak menjenguk rumah dan plan kami anak beranak nak membaik pulih rumah kesayangan kami, Al-maklumlah..rumah yang dah lama tinggal ni usang nya nampak semacam sikit. Lain dari kebiasaan.

Sebaik sampai di rumah kami..kami mulakan dengan membuka pintu rumah kami ni, sapu..kemas kemas, mencuci pinggan yang ada, ketara la habuk nya tu,memang bahaya nak terus minum je masa mula mula sampai rumah dah lama tinggal ni…

Kami berkemas dalam masa 4 hari dan siap panggil tukang nak repair atap,siling..kebanyakan nya juga nak cantikkan bilik aku yang dekat atas rumah. Ya..rumah ni ada setingkat  setengah. Bilik aku tu mula arwah ayah buat masa umur aku 12 tahun, pintu di ganti baru. Tinggal appointment tukang cermin nak ganti cermin lama yang dah 15 tahun usia nya. Appointment dengan electrician untuk pasangkan aircond. Selebihnya, almari baju dah pun aku beli sekali. Cermin muka dan meja mekap. All ready.

Hari kedua nak mengemas cu kami datang ke rumah, sama sama nak mengemas sama. Anak cu ambil bahagian memotong rumput tepi rumah. Cu aku pulak ambil bahagian mencuci depan rumah, cu ni suka menebas rumput. Habis sekali dengan pokok pisang depan rumah di tebang nya. Masa tu kami ni tak perasan lagi cu dah habis menebang pokok pokok pisang depan rumah ni. Memang Nampak terang sangat lah…luas dah depan rumah tak de pokok panjat dinding rumah. Pokok besar pon dah kena tebas.

Pokok pokok depan rumah aku ni merupakan pokok yang “permanent” especially pokok popular depan rumah aku ni pokok pisang. Pokok pisang ni ada 3 beranak. Memang makan tahun lah dari zaman aku sekolah sampai tua dah beranak satu ni pokok tu takde silih ganti. Dia tetap serumpun. Kadang kadang bertiga naiknya, kadang kadang berlima. Tak pernah berhenti berbuah. Sekali berbuah dah nak masak esok nya kami tengok takde dah buahnya, siapa yang duk ambil buah ni? wallahualam…

Satu masa dulu..ayah pernah tebang pokok pisang ni sebab dia menutup pandangan depan rumah ni..takde lah dekat sangat pokok pokok ni Cuma kalau takde Nampak lagi terang lah rumah kami.. masa tu salah satu dari pokok pisang tu tengah berbuah, and for God sake memang selama pokok ni berbuah kami tak usik buah dia.

Nak jadi cerita masa tu ayah nak tebang pokok pisang ni, dia buang sekali buah pisang yang ada dekat pokok pisang tu. Maknanya kami tak ambil apa apa dari cik pisang ni..rumah Nampak terang lah. Esok nya pagi pagi ayah keluar rumah dan agak terkejut tengok pokok pisang yang dia tebang petang semalam tegak berdiri balik siap ada balik buah dan jantung nya sekali. Sejak haritu ayah pesan pada kami, jangan jalan jalan sangat depan rumah ni..pokok pisang tu jangan usik sangat, orang punya ni. Sejak dari haritu kami tak usik usik pokok pisang tu. Dah 28 tahun dah umur aku. Bila aku start ada memori dalam kepala aku ingat pokok pisang ni hidup masa aku umur 12 tahun jadi dah 16 tahun kau hidup cik pisang. Ia masih disitu kadang berbuah kadang tidak tapi dia tak pernah berubah tempat.

Hanya minggu lepas lah sekali dalam sejarah, pokok pisang tu di tebang buat kali ke 2. Aku pergi depan rasa speechless. Emak pun sama. Tak terkata apa. Sebab pokok pisang umur 16 tahun tak mati mati atau reborn tu dah kena tebang selamber dengan cu. Dalam hati ada sedikit berdebar lah. Tapi tengok pokok pisang tu dah taka da, senyum juga.

Esoknya kami tak perasan apa apa..sehari selepas pokok pisang tu ditebas.. semua ok saja. Hingga lah malam selepas pokok tu di tebang, kami bercadang ke rumah cu..saja melepak. Dari pagi duduk rumah cu sampai la ke malam hari. Dalam pukul 1230 kami sampai rumah dan kami perasan sesuatu.

Aku siap tak tutup lampu kereta nak kepastian. Aku ni sakit mata keapa?

Guess what.

Pokok pisang togel semalam tu siap dah bertunas balik ada daun. Niceeeee

Masuk rumah macam tak Nampak apa apa. Masuk rumah rasa macam nak bercerita tapi hati tak sampai. Kang mata tak sanggup nak membuta payah juga. Maka kami diamkan even kami tahu something is wrong there………….

Dalam perjalanan nak balik kl..terpetik ayat ayah……….kita jangan usik lagi pokok pisang depan rumah kita tu..itu orang punya……………….

J

Selamat tidur lena.

Keratan dua aku sambung esok ka lusa ka. Tengoklah.

Kbai!