Saturday, November 9, 2013

# soya?

Hari 1

Along beli susu soya jenama Homesoy. beli dekat 7e. malam malam buta singgah 7e sebab tak mau esok lapar tak ada roti dirumah.

sampai rumah emak kemaskan barang yang di beli masukkan dalam peti ais kosong. baru buka suis peti ais nya. baru sampai kan kami.

Hari 2

Along, Afzal dan emak minum air soya homesoy masa breakfast. enjoy saja apa masalah ada?

Along balik kampung bawak emak , afzal dan sophie.. pergi rumah cu. ambil erul (adik sedara) bawak balik rumah kami

Malam hari 2

sampai dari rumah cu buka petias cari susu soya Homesoy dan minum. Pelawa Erul minum sekali. Erul keluarkan susu soya Homesoy dan minum selepas along.

30 minit kemudian di malam hari 2 (masa nonton cerita Aku Bukan Malaikat di TV3)

Emak buka petias dan keluarkan susu soya homesoy, emak terkejut kami minum susu soya dah basi,

color dah kelabu rasa dah masam busuk pula bau

emak tutup soya Homesoy dan buang dalam tong sampah

along pergi dapur sebab hairan baru 30 minit lepas minum elok saja. Erul minum pon tak ada komplen apa. siap erul pun tanya, eh tadi elok je minum??

Pagi Hari 3

Along gosok gigi di sinki dan terpandang kotak susu soya Homesoy yang di buang emak. 

menjeling saja di tong sampah kemudian emak bungkus buang di luar. 

menjadi saksi susu Homesoy ada di dalam tong sampah dan di buang.

Petang Hari 3

Menghantar Erul pulang ke rumah cu dan balik semula ke rumah dan packing untuk balik ke KL

Emak kaget

Terkejut

Susu kotak Homesoy beranak lagi 1

Ada dalam peti ais - ini kotak kedua kah? 

Bila beli?

Bau elok

Warna putih 

Tak ada busuk pun?

Mak pening kepala..ini Homesoy yang mana?

Apa yang mak buang semalam?

Emak duk ulang macam mana Homesoy boleh reborn? restock? hahaha hanya Allah yang tahu.

:)

Along tak beli Homesoy baru. 

Along nampak Homesoy kena buang dalam tong sampah pagi masa gosok gigi

Along nampak Homesoy kena bungkus dan kena buang keluar

Mana datang Homesoy lagi 1?


Malam Hari 3

Mak tetap tak puas hati. 

Mak tanya explanation sebarang kebarangkalian..

Siapa pula yang boleh bagi explanation?

Along sendiri tak ada jawapan.

Pejam kan mata. senyum saja.  

# keratan 2

Keratan kedua haruslah lebih sensasi.

Kang siapa yang membaca mendapat sakit kepala melampau jangan salahkan aku ya, agak agak tak berani nak meneruskan kita boleh tutup perlahan lahan belog aku ya,
Keratan kedua berkait sikit pada rumah aku membesar dan rumah yang aku duduki kini. Memang tidak menghairankan kalau ada yang datang lawat rumah tu akan rasa creepy creepy sikit dengan rumah aku ni. Tapi tidak mengapa. Aku ni optimis orang nya,kalau aku penakut mana aku nak hadap selain rumah yang suami aku bagi untuk aku duduk kan. Coba fikirkan di situ kawan kawan…

Selama hidup ala ala bujang di rumah yang suami kasi untuk berteduh..aku memang tak melayan sangat perasaan aku ni. Iya lah say I am not penakut, well of course masa tu apa pun aku tak fikir. Reti balik rumah layan tv mata ngantuk aku membuta. Ada aku kisah apa apa dalam rumah ku nak menompang sama? Lantak engkorang laaaa. Tapi segala nya berubah sejak seminggu yang lepas……

Selama duduk rumah aku dekat Pandan ni..aku assume tiada masalah. Even masa mula mula masuk memang salah aku lah takde nak azan ke apa ke dalam rumah sendiri. Masuk masuk rumah ni benda pertama yang aku Nampak dekat dinding rumah aku ialah kesan tapak kaki bayi dan tapak tangan bayi macam guna arang batu dari paras peha aku ni sampai la atas siling. Masa tu aku sangat kudus tiada apa yang aku fikir. Aku ada la Tanya kawan kawan bercerita how am I concern about the LOOK of the wall sebab kesan tapak tapak itu hanya about the LOOK yang aku risaukan bukan lah kerana isu lain. Boleh tak aku? Optimis gila ni, kagum.

Selama duduk sorang sorang masa suami tak ada..aku tak amik port sangat apa apa kekecohan yang berlaku di luar bilik. Nak nya masa tu aku mengandung. Memang balik kerja orang takada dekat rumah, makan siap siap, mandi dan tidur mati. Kadang kadang tu aku dengar la jugak bunyi orang berlari lari dekat ruang tamu tetapi sekali lagi aku ni manusia optimistic. Mana aku nak pikir benda lain sebab fikiran aku logic katanya. Oh itu mungkin kekecohan dari jiran tetangga. Kau paham paham lah kan..hidup berjiran duduk pula di sarang burung. Memang malam malam ke tengah malam ke pagi buta ke bunyi bising tu ketara.

Bila aku dah masuk 8 bulan ngandung..mak mula temankan aku di Pandan rumah aku duduk sekarang ni. Masa suami tak ada..mak la yang meneman. Masa tu bulan puasa, bulan mulia. Tak da apa yang nak di gusarkan. Semua berjalan lancar je sampai laa aku selamat melahirkan sophie.  So far..sophie pon ok je membesar tak ada masalah apa. Cuma sekali dua dia buat magic, duduk dalam bilik dia siap sembang dengan dinding gelak mengikik sampai aku dengan mak rasa nak jerit cakap “jangan kacau sophie boleh tak?” tapi kami optimis..sebab benda yang baik ni takkan buat budak kecik nangis kan? So kami anggap benda baiklah yang duk main cak cak dengan sophie.

Semua ok tapi biasalah..dah nama pon rumah kita. Bukan kita je duduk dalam rumah kita. Kita berkongsi juga sebenarnya. Dengan mereka mereka yang kita tak berapa nak Nampak ni…aku Cuma pernah Nampak kelibat lelaki tangan dia hitam dan besar  masuk ke bilik sophie. Masa tu aku tengah lipat kain dekat sofa depan bilik sophie. Aku tenyeh mata sampai nak melecet mata agaknya. Siap bila Nampak kelibat orang tu aku siap follow an check pulak dalam bilik sophie. Tengok tengok  kelibat orang tu tak ada, afzal pula tanya aku cari apa? Aku cakap aku nampak orang masuk bilik sophie..terus la tuduh afzal yang masuk bilik sophie. Padahal kalau aku tanya dia sampai sekarang sumpah dia cakap dia tak de masuk bilik pon masa tu, dia dalam jamban katanya.

Satu hari di hari cuti aku duduk di depan nonton tv atas sofa.biasalah dah nama sofa sendiri macam macam gaya lah aku duduk depan tv.  Emak boleh tak perasan aku yang duduk depan tengah nonton tv tu. Emak tengah sibuk kemas kain lalu lalang pula depan bilik tidur aku, sambil mengemas baju di lipat mak siap menjengah la tengok bilik aku, dia Nampak aku tengah melunjur kaki. Nampak kaki lah yang di lunjur sebab katil aku ni kebelakang sikit. Sambil lalu lalang mak pon bercakap tapi muka nya pandang ke bilik tidur aku tu, aku pelik lah, apesal lah mak duk pandang bilik aku sambil sembang, padahal yang menjawab aku ni..duduk depan tv. Bila aku panggil mak dari depan mak macam kena kejutan eletrik. Dia tekejut katanya, sebab katanya mata dia tak salah, she saw me in the room, sedang melunjur kaki. Berani kau jadi aku ya? Masa tu aku hanya senyum dan kata..emak betul betul buat klaka. Perkara itu dilupakan tapi sampai sekarang tak ingin mak aku nak masuk bilik aku dah. Malas aku nak paksa.

Sejak minggu lepas keadaan makin nampak ketara. Aku mula mula malas nak ambil port sampai lah kau main mainkan aku. And it was terrible. See..sekarang aku boleh dengar pulak lagu cina lama bermain dekat telinga kiri aku ni. Damn you. Peristiwa berlaku masa aku sorang sorang tengah menonton tv, masa tu lampu semua dah di tutup, tinggal lampu dapur aja lah. Sedang syok nonton tv.. tiba aku Nampak kepulan asap dari celah pintu..aku sangkakan kipas aku yang nak terbakar tapi aku pelik kenapa box kipas ni yang tak berasap? Celah pintu pulak? Aku gerakkan mak dan panggil afzal untuk kepastian. Mak dan afzal totally tak Nampak apa yang aku Nampak. Aku terus tutup kipas dan menonton tv. Like nothing happen. Like I said, I am optimistic.

Sejak dari kejadian asap asap kepul tu..aku di ganggu oleh perkara yang pelik pelik. mula nya aku tertidur di dalam bilik. Lepas tu tiba tiba di datangi oleh satu cahaya memenuhi kelopak mata.benda membuatkan aku serta merta terjaga. Sangkaan aku itu Cuma mimpi. Aku test la diri sendiri, masa masih sober ni aku pejamkan mata. Ya..cahaya yang sama datang memenuhi kelopak mata. Terus aku susah nak tidur di buatnya.

Kejadian kedua ialah keadaan memeranjatkan juga. Aku sedang lena tidur tiba tiba kedengaran macam rak pinggan jatuh di tepi telinga. Litang pukang di buatnya aku rasa nak terjun katil. Dah la masa tu sophie tidur sekali dengan aku, aku sangkakan anak aku yang jatuhkan pasu dalam bilik ke apa. Bila terkejut aku cari la mana si sophie, elok aja dia membuta macam takde dengar apa apa benda bising pon. Bila aku keluar aku Tanya si afzal kalau dia ada terdengar apa yang aku dengar..katanya langsung taka da bunyi bising pun pagi pagi hari ni..

Benda ni tidak menakutkan aku, tapi membuatkan aku rimas. Rasa macam pelik pelik je benda yang jadi.

Keadaan lebih memeningkan kepala bila aku kena dengar benda yang aku tak ingin nak dengar, contohnya masa aku mula mula sampai rumah ulu bernam, malam pertama je aku tidur di rumah aku mimpi benda pelik, sehelai kain lusuh macam kain putih kena tanah tu..dia tegak atas kaki aku. Pastu siap lalu atas kaki aku sampai ke hujung katil, lalu atas sophie sekali. Sebaik aku terkejut dengan mimpi tu aku terjaga je..sophie dah start menangis. 10 kali la aku baca ayat kursi baru la anak aku boleh tidur balik.

Bila dah tidurkan anak, aku mula la tak boleh tidur..dan mula lah mendengar benda benda pelik seperti orang mandi pukul 3 pagi dekat dapur aku lah, orang sibuk buka peti ais rumah aku nak cari susu soya agaknya hahaha. Pelik pelik je.. aku gerakkan emak dan tanya emak dengar ke apa yang aku dengar ni..mak kata mana ada. last last mak sendiri kena prank 'hantu soya" hahaha itu menyusul kemudian hehe

Lagi laaa aku stress. Stress tau.

Alamak..macam kena buat keratan 3 je ni. Hahaha

Oklah jap jap pasni aku sambung lagi

Ok..now kita sambung..di sebabkan kejadian yang memeningkan kepala ni..aku bercadang untuk berjumpa dengan seorang nenek yang aku selalu refer kalau bab bab pening macam ni. untuk pengetahuan korang lah kan..dulu pun aku pernah je jumpa ustaz dan minta kan pendinding rumah, kali kedua aku berjumpa ustaz,ustaz kata rumah aku  ok. jadi aku yakin macam tak ade ape la dengan rumah aku duduk ni. 

cuma kali ni..bedanya..aku berjumpa nenek pula. jangan salah faham okay. dia adalah seorang nenek. nenek yang tahu serba serbi inshaa Allah sebab hidupnya pun sudah cukup lama. jangan main main lah dengan dia, kau menipu pun dia tahu hahaha

masa aku bercerita pada dia..katanya..hmm rumah kamu ni berkongsi dengan dia. Dia ni suka menyamar ni selama ni, samada kamu perasan atau tidak saja..."amoi" 

Gulp.

nenek kata bukan kamu tak cuba halau dia dulu..pernah mintak kan ustaz pun garam dan lada hitam nya, tapi tak kena pada dia. dia elok saja bergantung atas siling rumah kamu tu. menggelakkan kamu sebab tak kena mata dia. kamu pun masa baca ayat 3 Qul tabur di sudut sudut rumah sahaja. lain kali lambung sekali menghala ke atas. biar bertabur di lantai, dia tak berani nak tepis pun, panas garam dan lada hitam tu. kena sekali ayat ayat suci. memang dia akan terbang keluar nanti.

ingat..masa kamu lambung garam lada hitam tu ke siling, baca al fatihah, 3 Qul, ayat kursi dan selawat. habis baca kamu bagi amaran pada dia, jangan ganggu aku lagi, jangan ganggu ahli keluarga aku lagi dan keluar kau dari sini..in shaa Allah..dia tak berani masuk lagi.

sebaik balik dari jumpa nenek..itu lah masa aku tengah sibuk menaip keratan 1 nak masuk keratan 2, telinga kiri aku duk pusing lagu cha cha cina. padahal si afzal tengah buka lagu Royal. rasa nak mencarut je. tapi sebab aku dah tahu..aku buat do no je. janji sampai rumah pandan nanti, siap lah dia.

jadi sesampai nya aku ke Pandan semalam, aku buat exactly yang nenek pesan dan malam tadi sudah mula dapat tidur lena. semoga aku akan terus tidur lena tanpa gangguan lagi lepas ni in shaa Allah. 

apa cerita hantu soya?? ia ada kaitan dengan apa yang berlaku. kelaka tak masuk akal tapi emak macam trauma asik ulang cerita yang sama LOL

ok lah kawan kawan, naik kebas jari aku. 

Bai!