Tuesday, November 19, 2013

# rumah saya

Rumah saya di Taman Sekamat tu dalam pembikinan. Tak sampai 10% lagi pembikinan. Semua masih basic. Tapi last week grill dah siap pasang. Tinggal kitchen cabinet nak start pasang di awal bulan 12.

Pada siapa siapa yang berhajat nak memasang kitchen cabinet di rumah anda untuk tahun baru ni boleh la survey survey kedai yang saya amik ni.

Nama kedai tu Intech Kitchen. Kalau korang google akan keluar la website tu. Sila lah google dan lihat. Kalau ke kedai dia kat tingkat atas ada showroom contoh contoh cabinet yang anda boleh pilih bermula dari gred terbaik ke gred kebiasaan.

Nanti kitchen dah siap boleh la kita bercamwhore. kerusi bar pun saya belum survey. kena start membeli sebab saya ada mini bar yay.

Bilik tidur saya masih belom ada concept. Dalam kepala nak English style tapi suami kata nak modern concept. Ala tak romantic betul. Apa apa itu kita kongsi bila kita masuk ke bab deco bilik tidur pula.

Till then. Bai!


# malam

sambil sambil layan American Dad, makan roti kismis badam sambil cicah minum nescafe panas..mari kita menaip. Ok sekarang sudah pukul 1 pagi. Mata aku dah biasa tanak tidur awal macam manusia biasa. Dasar jobless begitulah hahaha


cerita 1
abg, abg perasan rumah tepi jalan nak masuk taman rumah kita tu? Yang color putih tu, design rumah tu style lama. Perasan tak?
Oh itu..perasan je. Kenapa?
Eh nak tau..last week mira balik kejap tunggu orang pasang grill rumah kita, mira terpandang dinding rumah tu ada kain rentang tulis iklan FOR SALE/LET. Rumah tu baru orang beli la.
Ala iye ke? Kenapa mira tak Tanya..kan dah rugi
Tapi kan mira baru Nampak yang iklan tu sebenarnya di pasang dekat rumah tu. Macam mana nak Tanya awal awal?
Itulah, takpelah. Tapi kan memang cantik rumah tu kan? Tanah lapang depan dia. Design lama pon lawa.
A ah betul. Ala takpelah, kan kita nak duduk dah taman tu bulan depan. Nanti mira tengokla tiap kali lalu depan rumah tu. Kalau iklan tu pasang balik kita boleh beli.
BELI?
Ha ah. Beli,
Siapa nak beli?
Mira lah.
Habis rumah kita tu nak buat apa?
Kita jual.
JUAL?
Ha ah kita jual la. Kalau kita nak rumah putih tu, kita jual la rumah kita. 550 ke, 600 ke.
Banyaknya duit mira nak beli rumah putih tu? Rumah tu mungkin 650-800 tu. Mira ada duit ke?
Mira takde duit.
Habis macam mana mira nak beli?
Abg kan ada duit? Abg jual rumah kita pastu kita rolling balik duit tu beli rumah putih tu.
Banyak nye lawa mira ni. Kita bayar interest pun tak habis lagi sayang.
Alah orang selalu buat boleh jeee.
Itu orang bukan kita. Rumah kita tak cantik ke?
Cantik je.
Habis kenapa nak jual? Cabinet pun lawa abg dah buat mira nak main masak masak situ.
Iyelah saja la kan tadi kita cerita pasal rumah putih tepi jalan tu.
Ok.

Cerita 2
Abg tadi angah cakap company dekat Bt Caves tu tengah cari Geologist
Oh bagus la tu. Boleh la mira apply kalau mira nak
Memang mira nak..tapi mira bukan geologist.
Bukan geologist?
A ah. Mira kan Geophysicist.
Eh Geologist dengan Geophysicist tu tak sama ke? Bukan mira belajar kat Uni Geology ke? Ada lah tu basic nak jadi Geologist
Tak sama la. Macam mana nak apply kerja kalau tau basic je?
Boleh.cuba lah dulu.
Boleh cuba tapi menangis la kalau dia kata gaji pun basic macam mana basic nya u tahu keje geologist. Hahahahha
Pulak..habis tu macam mana?
Takpelah esok mira nak mintak angah tanya dulu En.Munif tu. Jauhnye opis…wuwuwuw
Ala baru kita nak tanya belum lagi dia kata dah boleh start kerja.
Em OK.

Cerita lain nanti kita tulis lagi.
Kbai!