Thursday, January 30, 2014

# delay

tadi dapat whats app suami kata release letter tak keluar lagi
maka nya secara automatik flight tiket kena tukar
release letter akan dapat hari Ahad dan flight ticket di tukar ke hari Ahad
my yayang will be home by Monday morning
in the meantime...
my plan to Kelantan is happening 
it will be tomorrow :)
tomorrow
maklong akan jumpa Ammar
and maklong bought you some goodies 


these are the goodies


taken from my phone gallery

and maklong shall buy you more time by time
masa habis membeli dekat jusco aku rushing ke Metropoint Kajang
sebab kat sana ada jual cadar plain 
ternampak masa 3 4 kali makan dekat secret recipe dalam metropoint tu
sekali malam ni bukan rezeki aku la
booth cadar sale tu dah tutup
totally sealed and closed sudah
and now I don't know where to buy plain bed sheet
perhaps boleh jumpa cadar plain ni masa on the way to Kelantan ke kan
even husband already provided me with angpau untuk shopping
sadly he can't make it rupanya untuk sampai rumah on time
I will keep that angpau money and shopping with you
thank you love.

taken from ig afzal 

ooh ooh sebelum terlupa
tadi masa singgah metropoint gara gara kecewa tak dapat beli cadar
singgah sebentar ke burger king
pertama kali la aku jumpa set burger paling murah in town
set di bawah cuma RM6.30
beli sundae caramel satu 
3 set burger di bawah 
total hanyalah RM 21.10
memang beraya cina hihi
till then
semoga berkongsi cerita lagi kita esok esok
see ya!

# make over

seperti yang aku plan dengan husband, kami akan membuat make over pada beberapa buah bilik untuk di jadikan bilik tidur tetamu dan bilik pakaian. 
kalini aku cuma nak kongsi plan aku cemana untuk buat guest room tu.
masa suami dekat Erbil, aku dekat Malaysia tengah goyang kaki tak keje ni..
kami ada berbincang tentang konsep guest room yang aku nak buat
initially
I want my guest room to be look like this.

taken from blog home deco ideas
when the first time I saw these room concept,
I am totally in love
suka warna gelap dan frame gambar yang boleh susun macam tu
simple aje
tapi we come across a few issue yang membuatkan aku berubah fikiran
warna dinding bilik ni
my guest room konsep warna nya ialah kelabu. 
Oyster Grey
and this room dinding nya warna biru gelap (kot)
jadi aku berubah fikiran
lampu yang di gunakan boleh kita cari and tak ada masalah cuma design ni akan di olah sikit

kemudian aku browse a few room concept and I heart this pula
because I think..konsep ini lebih close dengan warna guest room kami

taken from Kim Dti blog

I heart this concept sebab warna bilik ni dah sama dengan warna bilik kami
lampu pun tak ada masalah nak cari
samada boleh cari yang macam gambar di atas atau kita cari chandelier macam ni 
satu masalah timbul
katil ni
katil ni ada jual dekat ikea last year
this year dah tak restock
memang tak boleh la nak jadi sama kalau nak buat konsep ni
tapi tak apa
janji kita cari katil yang frame tetap warna putih
tak sama tapi lebih kurang pun dah cukup puas hati kan?
for now..
nothing yet been done for this room
sebab belom sempat nak cat
bilik ni merupakan bilik terakhir untuk di cat di bilik atas
dressing room dah siap cat 
tinggal nak pasang cabinet baju la sepenuh penuh bilik tu
we will start designing the guest room starting Feb 
dah siap nanti I shall post the combination of both picture above
till then 
see ya!

Wednesday, January 29, 2014

# pospond

iya
result company pegi isnin tu di tunda selepas CNY
oh berdebar
mana mana lah janji ada satu lekat pun jadi
aku suka je dua dua pon
inshaa Allah...
Am I that lucky number 31 OR Lucky number 2?

Assalamualaikum Nurul,
The result is postpone to after CNY. 
Best Regards,

Wassalam & regards.
Soffian Affendy,
Orogenic Geologging Sdn Bhd

semalam Teagan from Leap 29 ada call 
nak hantar profile ke company lain pula 
thank you Teagan
harap harap mereka jatuh cinta dengan profile kerja saya
bukan dengan saya lah for sure hahaha
tadi ada job opening in Perth tau
macam best ajeeee

# CNY

ramai yang dah start cuti
kawan kawan pun tak kelihatan di skype harini
selamat bercuti you all
I hari hari bercuti la ni so cuti umum apa pun excitement nya sama hari hari lol
cuti panjang ni la masa angah,suami angah,emak dan afzal akan ke Kelantan jumpa Ammar
and I couldn't make it T-T
because my husband will be home this Friday
ia macam satu perasaan yang perlu di korbankan untuk jumpa di kecil tu
tapi in return tak dapat join family pergi Kelantan
aku dan suami akan pergi kemudian
checking on that little hero :)
Happy Holiday and Happy Chinese New Year! 

# habbatussauda

I am sure almost all of you ladies know about Habbatussauda kan
I knew this Minsyam product since 2012
Masa tu pergi makan dekat JM Baryani dekat Tesco Ampang
masa nak bayar kat kaunter tu ada jual kapsul and minyak rambut ni
masa mula mula beli dulu aku makan kapsul Olive Oil Minsyam ni
tapi biasa lah..
makan tak konsisten mana
masa aku jalan tesco aje aku beli buat stok
kalau tak jalan tesco tak de la membeli
maka aku tak boleh nak kasi review pasal Oilve Oil Minsyam
minyak rambut olive oil pun aku ada beli jugak
ada pakai jugak
tapi di sebabkan aku ni pakai tudung dan minyak olive ni sangat berminyak
aku tak boleh pakai masa hari kerja
kena pakai masa weekend
and...susah nak jumpa masa weekend tu sebab bila weekend kita lagi banyak kerja nak buat dengan rambut kita
masa weekend la nak syampoo wangi wangi
masa weekend lah nak pakai conditioner dan mask rambut pun
mesti la suka kan rambut wangi
tapi once kau pakai oilve oil ni pada rambut - bau rambut yang wangi tu akan hilang serta merta dan kau kena tahan la bau olive oil atas kepala
bila aku rasa aku tak de masa nak pakai oilve oil ni 
aku bagi sophie pakai
but I end up not loving the smell of her hair sebab aku lagi suka Johnson baby shampoo dia pakai
dah bila rambut dia kering dia lalu depan aku pun boleh bau lagi rambut si sayang aku tu
tapi bila dia di pakai oilve oil ni rambut dia akan macam basah la sampai petang pun
jadi akhirnya aku pakai olive oil ni untuk kulit tangan dan kaki
pakai masa rajin in a way haha
sekarang ni aku mula amalkan habbatussauda pula
kapsul habbatussauda minsyam
ini dah hari ke 4 la aku makan setelah makan hari hari
hari pertama makan aku tak boleh stand bau yang keluar masa aku sendawa 
totally bau habbatussauda tu keluar sampai ke hidung penuh bau
kena la bertahan kan nak sihat katakan
memang tiap kali aku sendawa pun aku akan cekal je la tahan bau ubat for few minutes
ini dah hari ke 4 
emak makan kapsul ni selalu kata mak akan panas badan berpeluh dalam aircond
tapi awat aku makan sama je sejuk sejuk kaki tangan aku ni?
belom serasi dalam darah mungkin
harap harap menjadilah kan
nanti aku kongsi cerita pasal jamu pula
apa yang aku makan untuk jamu hari hari
harap harap korang tak pingsan haha
till then- jumpa lagi!

taken from my phone gallery

# mydate

tengah sibuk nak kemas kemas buku dalam bilik tidur, tiba tiba jumpa pelekat pelekat hebat ni..
mula mula aku nak buang dah tadi dah ready dah nak campak plastik
pastu terfikir..
why not if I arrange satu satu benda ni.
and suprisinglyyy
semua pelekat pelekat tu complete je
ni bukan aku punya
aku tak tau sapa punya
kalau bukan aku punya tapi ada dalam bilik tidur aku maknanya takde orang lain lah 
ni mesti hakmilik suami
so sebab dia punya I pakai lah
cabut semua freezer magnet depan peti ais tu pastu lekat semua benda ni
mana aku letak semua freezer magnet aku? 
haaaa kan freezer ada banyak je side 
letak la mana mana janji bukan di depan.
this is what I found

taken from my ig 

ahaa 
alang alang dah susun ala ala calendar ni
I marked my date
why 31st Jan?
because that is the date my date shall be home
oooooh melting sekali lagi




# cerita langsir

haritu kan aku ada letak curtain bilik tidur untuk di make over kan? 

yes

ia sudah siap ni

hehehe

I paste it in my ig and now I paste it in my blog.

mula kita gunting lah langsir ni ikut ukuran yang emak kasi tu


pastu kita jahit la 

mak kata langsir ni langsir paling senang di dunia

bagi aku paling senang pun kalau aku tak reti jahit tetap paling susah di dunia okay

yang ni hasil yang dah siap


taken from my ig

anyway itu tak berapa proper sebab aku tak de paku nak lekat kain untuk sangkut si kain merah jarang ni. nanti suami balik kita akan paku tepi tu dua dua.

mungkin dari jauh tak nampak material kain ni kan

it is not actually a plain curtain

ia macam guni

taken from my phone gallery 

a bit close up..baru nampak material nya.
 
mungkin mata orang tak sama kan citarasa 

tapi bagi aku lah..aku suka combination yang aku pilih ni hihi

and so...tadi mula nak pasang cadar and it end up cadar aku tak muat!

sebab aku lupa..masa beli katil dan tilam ni..siap owner kedai dah cakap..size Queen tilam ni extra 10cm than the standard Queen bed, 

sedih lah kan

kena lah keluar cari cadar sama warna tapi beli size king pulak. 

kena la semangat ni

suami lagi 2 hari nak balik ni

I is excited!!


Tuesday, January 28, 2014

# skincerity

bila tengok tajuk entri tu mesti korang dah terfikir fikir kan ni mesti mira nak cuba skincerity. 
ok
jawapan nya tidak ye
aku takde la eager sangat nak try product ni tapiiii
suamiku
iya
suamiku sangat excited nak cuba niiii 
suruh aku contact kawan kawan kalau ada yang jual
tak payah jauh juah nak cari mana nak beli ni
pergi je blog blog mesti ada yang jual
and I already found one
puas lah hati nye tu
dah jumpa skincerity
for myself.. aku hampir tergoda dah dengan tabita tu
semalam tanya suami dia tak kasi pakai
sebab takut katanya side effect kemudian hari ke apa
habis aku kata nak try jugak sebab tanak merapu rapu dah pakai product campur campur ni
dah katanya kenapa nak campur campur product? 
pilih satu product kita beli sekali satu set
nanti masa nak beli mana mana yang habis tak sebanyak membeli satu set macam mula mula
Yes...
This is opportunity untuk mintak belikan aje satu set terus
nanti nak buat maintenance kita claim - selamat wallet tau
so esok kita tanya la blogger yang menjual skincerity
rasanya balik la kita bayar lepas raya cina kan sebab proses hantar hantar ni dah nak cuti jadi delay jugak sampai nya ke rumah
lepas tu kita review before and after muka suamiku kan
dah kalau cantik aje kulit dia jadi nanti why not kita plak tumpang pakai sama hahaha


Monday, January 27, 2014

# jaundice

tadi alang antar mesej. 
alahaii anak hero sorang tu kena jaundice. 
kenapa baby senang kena jaundice? 
sophie dulu kena tahan jaundice sampai 7 hari dekat wad. 
rawatan susulan lagi kena attend. 
memang kena tabah la nak bawak anak dengan perut terbukak macam tu
azie senasib lah kita
what to do
any idea cemana nak kurangkan kuning ni pada baby? 
ammar tak kena admit ward lagi tapi hopefully berkurang la jaundice tu nanti bacaan 14+ dia kena masuk wad. 
kesian ammar.

# muhammad ammar nazran

Ammar

Maklong is in love....

Yes.

I'm in love with you.

taken from my own ig

maklong tengah meltingggg pandang gambar you.

ooooh Ammar.. :)

# jaoh

kemain ha tajuk kalini. ia mengenai jarak. apa yang jarak? cinta jarak jauh? perkahwinan jarak jauh? kehidupan jarak jauh? oooh sama sekali tiada kaitan. sungguhpun aku melalui cinta,perkahwinan dan kehidupan jarak jauh, tapi tiada apa yang jauh antara kami hihi. 

jauh ini mengenai tempat aku pergi interview tadi.. 

it is situated at Shah Alam. Bukit Jelutong. selambe tadi interview pukul 2++ aku sampai pukul 3 with a big smile on my face. bukan nak fake ke apa tapi memang aku dah sesat lebih 5 kali semata mata nak sampai office keramat ni. mula mula sampai dekat bukit jelutong baru, pastu pergi lab dia lepas tu baru sampai HQ. penuh cabaran dan dugaan nak ke tempat ni. 

surprisingly, bila sampai di HQ interview proses sangat tak banyak hal. sangat smooth. aku suka. 

and 

sungguhpun aku lambat, aku masih bertenang sebab aku pasang siaran light fm. serius..kalau nak pegi mana mana and korang berkejaran masa..please listen to light fm. it helps! 

interview went well and hari Rabu akan tahu keputusan. untuk job yang ini..aku berharap lokasi nya dekat sikit lah tanak la sampai shah alam nak berulang...40km lah dari kajang ni. yang aku suka ialah flexi hours untuk sampai ke office. 

apa apa pun kita tunggu dan lihat la apa keputusan nya hari Rabu nanti. ada beberapa consideration yang perlu di buat kalau dapat job ni. kalau dapat. kalau tak dapat kita delete semua consideration itew, haha.

okay then.

jumpa esok! 

 taken from my ig. 
saja nak gedik hari Isnin. selfie selfie, lol.

Sunday, January 26, 2014

# barber shop

Good morning ladies.

Hope you had a great day today. Hope you ladies able to get some spirit to avoid the moaning Monday hehe. I had an interview today. Tapi after 230pm. sooo since office nya di Bukit Jelutong Shah Alam. Mungkin kena keluar awal la sikit kejap lagi.

Harini cerita pasal barber. sebab..as you all know. my daughter's hair is getting long and longer and even longer now. jadi...I am planning to have a hair cut for her. 

masalahnya...

di sini tiada hair salon untuk kanak kanak.

and my daughter..tak boleh pergi salon macam orang besar lagi. 

how? how?

nak pandai pandai gunting kang jadi tak lawa la sebab nak gunting rambut belakang ni kena ada skill untuk menggunting tu.

I did browse if I found any kids hair salon around TTDI or Bangsar, but Failed. Sophie is just 2 years old and dia punya segan pada orang lain tu masih tahap tertinggi lagi. aku takut menggelupur masa gunting rambut :( bahaya lah...

So all mummies...

Do you have any idea where to send your daughter to for a hair cut? Do they have a special salon for toddler aged between 2-4?


Saturday, January 25, 2014

# reminder

and so emak have dropped us a message this morning.

"along, mak anta mesej"

"haa mak cakap apa?"

"adik, jangan lupa cuci baju"

er... I tak lupa cuci baju mak...

I lupa sidai.

how many days was that clothes in that washing machine? 


# my BIL who can cook

ha kan.. as I told earlier.. these few days I am running out of time to cook. and fortunately I have time to write an entry hahaha. Today is Sunday. we woke up at 10 and I saw whats app from angah. she's coming and want to cook together. I said Okay that's good since yasir (husband angah) will look for Sophie and we can cook! 

tapi tadi..I saw in angah ig, yasir already cook for lunch! it is only a take away from their house to my house. angah tak sihat so kena la suami dia masak. and what about me? consider la aku take advantage sebab I have no time okay. No time. 

that's my brother in law...he can cook yo! 

ok now. masak nasik saja! what a relaxingggg Sunday. miahahahah

taken from ig angah


# naluri

first thing first..I hope how I wish that whatever I wrote here is just a note for myself. manusia biasa..biasalah kadang kadang tu mood swing ada. nak nya masa period. woh sensitif dia macam benang dengan pedang. kalau jatuh benang atas pedang samurai tu kan putus. ha gitu lah perasaan masa hormon macam graf saham.

kadang kadang I am superbly okay dengan soalan. You can ask me like gazillion of question and I have no problem to answer of those. TATAPI...kalau time I am out of mood yang macam mana mood boleh lari pun I have no idea. God have the answer. I tend to get piss. like piss off ngenggg.

and so it happen last night where husband keep asking do you need money for new cloth this coming week? you told me you an interview next Monday right? I simply said no. Thank you. bukan sebab aku tanak shopping baju ke kasut ke apa ke. tapi soalan tu aku rasa macam tak payah tanya sebab if you want to give it to me just give me tak perlu tanya lah dey. it's common sense ma! 

and last night he end up buying me a kain. kain for baju kurung. kain dari Iraq is imported from Turki, I am happy if you are buying me that TATAPI when you tend to have like hampir nak penuh lemari mu what you say to say NO? honestly...I have more than 4 pairs of kain yet to be cut and send to tailor. for kurung and dresses. Belum siap lagi.. ini nak datang lagi. oklah di maafkan he buy me only one this trip. when I said ok but jangan beli lagi this time sebab membazir. kain turki tidak murah ok. u can find exactly the same pattern in jakel and it cost you 1080 for the kain. pergi cari dan tengok itu lah kain yang aku maksudkan. maniknya superlah banyak and you expect me to wear that to office? kang orang ingat aku datin sangat nak pergi kerja merelapppp baju hah. it did not end very well. he end up merajuk dengan kata kataku seakan akan aku tak mau apa dia beli. oooooh man! siapa kata wanita sukar dipahami? lelaki sebenarnya very wayyyyyy very hard to be understood!

I don't want to fight. well all this while it went so well, you ask me what I want, I tell you what I want. but just because of the time you were asking last few days ago is not exactly at the right time and how can you know I was actually not in a good mood kan? siapa lah akan tau bila kita mood swing? kita kan gila, suka hati kita je nak moody bila bila masa kita nak. hahahahaa. I have to say sorry. and I want that perfume for this month. and if you said I already buy you this kain and it cost more than what you asked for these two perfume..that's okay baby..I know I'm getting that next month!





  




# But You Heart Tells You Can Fly

Sunday Quote!


#space

and so pagi tadi angah datang bersama lori sebab dia dari Klang amik crosstrainer dia dekat rumah sewa lama. dan terus ke rumah aku untuk ambil 2 almari yang ada di dapur. It was actually in our plan to remove the cupboard since kitchen dah ada kitchen cabinet. since 2 almari tu masih in full shape jadi nak buang adalah super pembaziran..kita pass pada angah. lebih bijak tindakan tu kan.

and now the space for my kitchen is very pleasant. ada banyak space yang kosong sebab dah angkut almari kabinet tu. luas sikit mata memandang. soon nak masukkan kerusi minibar pun tak de lah rasa sempit sangat dapur tu nanti.

highchair minibar masih dalam survey. akan di beli awal bulan 2. nanti dah masuk highchair minibar I shall upload the full picture of my kitchen. barang barang dalam kabinet belum beli jadi sistem susunan dalam kc aku adalah sepah tahap 3. ada hand painting masa beli dekat Holland tak sangkut lagi dekat area meja makan jadi kitchen aku masih belom completely complete. aku nak semua yang aku patut letak dekat dapur tu dah ada dan dah siap, baru laaah aku amik gamba untuk tontonan bersama. 

happy weekend all.


image taken form whats app angah. this is rumah angah

Friday, January 24, 2014

# sigh

ever since emak left to Kota Bharu, I find myself is very out of hand. Afzal everyday leave to school and balik super lambat. Including Saturday. so all of my time at the house memang ada hanya aku dan sophie. I have to admit today that.. it is stressful and confusing.

kenapa aku cakap macam ni? 
bukan sebab aku letih jaga anak...
bukan sebab aku tak cukup tidur ke apa.

cuma aku fail bab pengurusan masa 

bayang kan apa yang jadi sekarang dalam rumah ni

bila aku nak menyapu anak sibuk nak main penyapu
bila aku nak mencuci pinggan sibuk la sophie nak main air sama

how can clean up my house like this! 

nak mencuci baju there's another drama

jadi bila jadi macam ni I guess you can imagine when is my time doing cooking then,

I don't have time to cook!

even taking shower T______T

sebab asal masuk toilet sophie akan menangis sekuat hati macam ammi dia kena pam masuk terus lubang jamban.

I am confuse

How to teach my daughter to let her understand that me (mommy) need to do the household chores

If I don't have helper 

then I guess my house will be kapal terbalik 

Oh God...

Thursday, January 23, 2014

# nama

Nephew kita tu dah ada nama dah :)

hari ni emak hantar gambar dia bukak mata pulak. celik dah dia.

semalam muka lain sebab baru keluar dari air kan. kembang semangkuk anak mak long

harini dah lain muka dah.

dah muka hero.

introducing.....

Muhammad Ammar Nazran bin Nasrul Asyraf

picture taken from my ig

pagi pagi dia dah buat muka kerut dah, dah fikir apa plan nak buat ke pagi ni? hehehe

maklong call you Ammar okay.

nanti maklong datang sana bawak mainan kereta vroom vroom




# syabas

rumah aku harini tak ade air. dengan situasi hanya aku je ada dalam rumah ni dengan anak nak di uruskan. nak mandikan anak. nak cuci berak anak. nak cuci pinggan. nak cuci baju. nak mandi diri sendiri. dengan sakit perut senggugut dan air takde. masa ini adalah masa aku sangat perlukan air dengan banyak mencuci itu dan ini. 

bila call syabas katanya taman ni takde gangguan air. bukak meter depan rumah ni memang air takde cemana ke kau kata takde masalah gangguan air ni? ada tunggakan air ke rumah aku? kau kata takde juga.

rasa nak balik tanjung malim pon ada. atau pergi rumah angah je la petang nanti.

rimas lah, eeeeeeeeeeeeeeeeeeee

# 10 Awesome Vinegar Life Hacks you should know

Hello ladies! Salam Jumaat.

pagi tadi my husband did share me this video and I find it useful for us the housewife and working mom as well. ia berkenaan Vinegar. I have this apple cider masa mula masuk rumah sini but I end up melanting nya ke dalam tong sampah. dah ku sangka kan takde gunanya. rupanya nak segarkan bunga pun boleh I tell you. Lepas ni boleh beli lah kalau nak shopping groceries. Bulan 2 kami nak jalan jalan cameron boleh la beli rose kan pastu pasu kan dalam air vinegar, ha lama sikit feeling feeling bunga dalam rumah. 

for those who have no idea what is vinegar and what brand to buy. perhaps you ladies boleh beli aje brand ni sebab brand ni memang senang nak jumpa dekat mana mana mall.



yang di atas tu ialah apple cider vinegar..ni aku penah dengar cite apple cider orang minum untuk kuruskan badan juga. tapi tak tahu la betul ke tak. dan picture below is the white vinegar. 

ada 1 video aku nak kongsikan sama sama untuk reference cemana nak guna dua vinegar di atas. 

happy watching! 


Wednesday, January 22, 2014

# newborn

hello baby 

this is my nephew.. baby Boy in the house yo!

born by cesarean, satu kapal dengan sophie.

born at Hosp Kota Bharu,Kelantan  

name yet to be announce..alang pun tak kasi aku tau lagi.

and yes baby..this is Maklong okay?

I am your Maklong :D

and I have one super beautiful daughter named Sophie

that eventually she is your cousin! yay

Welcome to Abd Jamil family! 

Alhamdulillah

mmuah! xoxo


# kejut

entri harus padan dengan cerita dan tajuk kan.

semalam aku bangun awal pagi sebab mak nak pergi stesen bas kajang

tapi sebab bas dah lepas mak pun balik semula ke rumah aku sambil tunggu time nak pergi subang pulak

jadi pagi pagi tu hanya aku dan sophie dalam bilik tidur

sophie golek golek dekat atas toto

biasalah ada anak kecik ni toto kena tebar atas lantai kalau kalau dia ubah mood nak tido bawah tidur aje atas toto tu

sambil sambil dia golek golek tu tiba tiba aku tak dengar apa apa

biasalah ammi pon kan golek golek kejap kejap terlelap juga

di sebabkan aku perasan anak aku ni dah takde atas toto 

aku saspek dia ada bawah katil

dengan selamber muka donut ni aku pon jenguk dia dari atas katil

kepala ku kebawah rambut menjurai agaknya

dia punya menjerit ketakutan macam nampak hantu

hantu ammi

lepas tu sambil menjerit sambil laju laju reverse ke belakang nak keluar dari bawah katil

terhantuk la sikit belakang kepala tapi dia tak nangis

masa dah keluar betul betul dari bawah katil dia urut sendiri kepala dia sambil pandang muka aku ni

terkejut sangat anak aku semalam

sampai malam tadi dia demam

bersalah aku rasa tau

ammi ni horror sangat ke sophie tengok dari bawah katil tu?

mesti sophie dalam keadaan gini kan pagi tu...


I am sorry Sophie.

aku cerita kat mak yang sekarang kat Kota Bharu boleh beliau menggelakkan kami? aku rasa cam kesian ni mak aku boleh kata klaka. fine la. klaka laaa. cis

# sophie's development and progress go go

aku dah start tak kerja dari bulan Nov jadi most of my time will be spend at home. my home sweet home. oh kan pada kawan kawan yang tak tau lagi tu aku dah pindah.no more staying at Pandan Condo. We are now at our home. Rumah yang di beli dan sakan dekorasi tu kan haa yang itu lah.

sebenarnya ni aku nak cerita pasal apa yang aku observe masa aku stay at home with sophie. entry aku kalini merupakan progress dan development of Sofiya punya appetite. what she loves to eat and consume dengan banyak sukahati dia. 

ever since sophie was a little masa 1 yo dulu, mak aku memang champion la masak porridge untuk anak aku ni. u name it apa jenis bubur yang mak aku tak buat, dia test semua. dia suka buat bubur carrot and chicken floss. itu lah yang rajin licin pun kalau sophie adap. 

sophie juga suka roti. dia dah pandai makan sendiri roti tu.pegang sendiri. dah makin besar selera makin besar,kuantiti pun makin besar lah.

sophie is number one fan of spaghetti and mee. senang cite dia big fan benda yang macam bentuk spagehtti /mee /meehun. kalau nampak aku makan either one of the food yang aku mention tadi,dia sanggup tunggu makan sampai kenyang.

sophie suka makan buah. yes..she loves fruits. dia paling suka pear. pear yang lembut tu memang favorite dia. lepas tu green apple. red apple dia tak suka sangat. selalu kalau kunyah red apple dia sekadar kunyah dan amik jus je pastu hampas dia buang. mungkin tekstur red apple tak serangup green apple. tu pasal la aku tengah survey juicer sekarang ni. senang nak buat juice apple untuk sophie. she loves apple plum too! 

sophie juga big fan of juices. kalau pergi makan kat luar wan dia order juice apple celery with papaya ke, apa apa lah janji it is a juice. she fancy that.

sophie juga kaki yogurt. so kalau shopping groceries di jusco tesco tlc atau any mart around, dia akan paksa trolly yang dia  duduk tu akan sampai ke area yogurt and milk. she will pick at least two yogurt and one drink yogurt.

kalau sophie nak ice cream she will say "ice cream" and you better get her one :)

keropok lekor...anak ganu ni kalau kitorang singgah kedai keropok lekor tu dia pon sibuk join sama. tapi dia suka keropok yang nipis nipis tu..macam ikan parang kan. yang goreng keping keping. oooooh she fancy that.

sophie suka jugak keropok keropok ni tapi aku sangat avoid makanan ringan. jadi kalau sebulan tu nak jumpa sekali pun susah bab keropok ni. cuma yang dia kenal keropok yang dia akan ambil ialah potato chips and green peas chips.  

she loves chocolate drink and milo but she cant have it in big mug sebab dia akan constipate. soooo kalau nak bagi kasi merasa oklah. kalau nak minum dalam big quantity is a no no. 

untuk cookies..she loves oreo, chips more and teddy cookies.

will share you guys more once aku teringat lagi nanti nanti.

bai! 

# anak

sedang menaip dengan perasaan kebas hati dan marah ni

kau perempuan?

kalau ya, kau punya anak?

satu? dua? empat -lima?

kau sayang anak kau? 

aku perempuan.

aku punya anak.

anak yang aku lahirkan dengan sepenuh daya aku hingga ke nafas hujung hujung paru paru ni

aku sayang anak aku

kemana saja aku pergi..kalau aku bawak anak aku..aku TAK PERNAH tinggal dia SORANG SORANG dalam kereta. lantaklah kereta ada aircond tapi aku nak beli cendol bawah pokok panas pon? 

janji anak aku ada, anak yang aku lahirkan tu. ADA. ada depan mata aku. 

kalau tak aku yang gendong.adik aku yang gendong.agak agak kami tak larat, main pas baton bertiga AKU ADIk dan EMAK. 

anak aku 2 tahun umur dia. 

kau rasa anak kau yang polis jumpa dekat perumahan baru dekat PAKA tu besar sangat ke?

2 tahun umur dia. 

apa dia tau bila kau tinggal dia dalam kereta? 

kenapa kau tinggal dia dalam kereta? 

sebab kau nak pergi kedai makan. 

lepas tu nak jumpa kawan. 

kenapa tak gendong sekali? anak tu 2 tahun. dia tak cukup besar nak kena tinggal dalam kereta walaupun sekejap dua.

kau ibu?

kau yang melahirkan? 

tapi kau tak ade AKAL.

atau mungkin akal kau ada. kau simpan dalam bra. mungkin letak dalam tempurung lutut

maka anak tu di biar dalam kereta. 

anak aku tak bijak lagi buka pintu kereta. 

main tingkap kereta dia tau. sebab itu kereta kita ada lock. kot kot anak kita nak main terjun terjun dari tingkap. 

anak kau mungkin dah bijak tu. dia tau buka kereta. atau kena culik. siapa nak teka? 

benda dah jadi. 

tak payah ratap ratap sebab kebodohan sendiri.

spekulasi sana sini tak guna kalau undang undang tu tak bertindak.

You know it is never easy being a MOMMY

so if you decided to be a MOMMY

do not be a BAD ASS BRAINLESS MOMMY

get that? read that?

good. now recite Al-Fatihah to that poor girl. Heaven is a guarantee for her.