Tuesday, March 25, 2014

# Rabu

tak sempat rupanya semalam nak update entri
sebab aku kena sakit tengkuk
apa kena la kan dah tua tua ni ada saje sakit di mana mana
selamat bekerja kawan kawan
cuti skolah ni la saat memandu ke office dengan super aman
sebab tak jem macam selalu
let's hope I have energy to write malam ni ke
recipe baked macaroni pon aku lupa mana tah letak
Rabu dah
Isnin depan aku dah kena post duduk Hess
syllabus di teruskan lagi harini
1 syllabus down pun jadilah..
2 lebih bagus kan
Have a great day everyone!
 

# weekend

last weekend I yet not able to post any of my activities with family
but I will surely share it today
I do have one recipe to share will you all ladies
nanti balik boleh try and error my recipe
balik nanti aku mulakan project update entri :D
till then. Jumpa lagi!

# syllabus

4 down
Another (65-15-4 syllabus) to go
 
taken from my online University
 
and another 30 minutes before heading home :)
 
we did received a heartbreaking news last night
and all of us are deeply sad for the lost
let us pray for MH370 passengers' 
Al- Fatihah
May their soul be blessed
Amin

Friday, March 21, 2014

# sabtu 22.03

Hello Saturday! 
weekend untuk semua :)
seawal pagi pukul 4 pagi sofiya dah bangun gerakkan aku
mujurlah ammi tidur awal malam semalam
jadi up until pukul 830 ni sofiya tak mengantuk pun lagi
nampaknya rutin suri rumah akan berjalan seperti biasa
angah baru balik dari Mukah semalam
alang pula baru sampai dari Kelantan pukul 6 pagi tadi
alang nak ambil kereta dia duk repair di Petaling Jaya
last time eksiden..
hari ni dah boleh ambil lah
petang nanti alang akan balik ke Kelantan balik sebab esok nak bawak Ammar pegi check up
minggu depan merupakan minggu gathering adik beradik
kami semua akan balik ke TM dan lepak dekat rumah mak
Ammar pun balik kalau ayah nya dapat cuti minggu depan inshaaAllah

tadi tengah kemas kemas nampak owner rumah depan tengah bukak2 pintu tingkap rumah dia
kemas kemas
ada orang tengah potong rumput depan taman tuan rumah
agaknya rumah che det ni dah ada pembeli
haritu rumah depan aku ni nak jual 
owner nya dah tua
mungkin dah ada rumah lain nak duduk 
atau pun decide nak duduk dengan anak
agent rumah depan ni bernama CHe Det
last month aku tanya che det harga rumah depan aku ni ialah RM645K (boleh nego)
kalau ada sapa sapa nak take a look rumah ni boleh la tanya che det nanti
kalau korang datang rumah che det ni
berdepan rumah che det ni rumah haku laaaa
hihi



oklah uols
happy weekend! 
harini belom decide nak masak apa
perhaps boleh kongsi korang baked macaroni cheese recipe ke kan
kalau aku rajin la tu

inshaaAllah jumpa lagi! 


# pusing part 2

masih ingat aku cerita pada korang pasal pusing kepala tu?
aha
sebenarnya dah berapa hari terperam cerita ni sebab lupa nak tulis
busy sikit
hal yang sebenarnya ialah aku dihinggapi classic migrain
sebaik kepala pusing pusing
lepas selesai makan ayam penyet masa tengah hari
aku bergegas lah ke clinic
datang pukul 120 tgh hari memang doctor pun tahu nak makan 
jadi aku hanya singgah beli pregnancy test kit
setelah membeli aku pun test 
hasil jawapan negatif (setelah di beritahu pada korang dalam entri #pusing)
setelah beberapa jam aku menelaah paper
aku kembali ke clinic dan berjumpa doctor sharifah
cerita cerita dan cerita
doctor mengesahkan aku kemungkinan terkena claasic migraine
bagaimanapun doctor menasihatkan aku untuk buat eye sight test
aku di beri obat migraine dan di nasihatkan untuk hanya makan ketika sakit nak pingsan
untuk itu
aku tak usik lagi obat migraine tu sebab boleh handle
asal nak muntah aku baring lah
aku telah berpuasa dengan jaya untuk tidak minum kopi
infact minggu ni terus aku tak minum kopi
nanti rindu aku minum lah balik kan
cuma pengambilan harus berkurangan
hasil nya pening kepala aku hilang dah
rasa pening pening light light aje
malam lepas jumpa doctor aku juga bergegas ke optometrist untuk periksa lah mata ni apa masalahnya
optometrist kata mata aku tak ada masalah pun
rabun pun sikit sangat sampai dia pula cakap tak payah buat cermin mata
terjawab sudah persoalan mengenai pusing.
oh ya
doctor juga ada menasihatkan supaya aku menukar pil perancang
dari pengambilan yasmine kepada younger sister of yasmine iaitu Yaz
Yaz ni mengurangkan kandungan hormon nya di dalam pil dan lebih sesuai di makan untuk jangka masa panjang
dan of course juga investment untuk Yaz adalah lebih mahal dari Yasmine
tapi persoalan nya kalau aku tak sayang kepala aku ni maka boleh la aku teruskan yasmine kan
aku akan mula mengambil Yaz once Yasmine habis dari cycle
oh by the way mungkin lah Yasmine ini blister terakhir yang di ambil untuk tahun ini
I am going to stop taking pills after this cycle! :)
see you next year Yaz! 


# rutin jumaat

entri di atas memang nak cerita pasal rutin aku setiap hari jumaat di office
since staff Islam boleh kira dan takde pulak lelaki
jadi masa rehat di office tetap satu jam
takde orang nak pergi solat Jumaat
di sebabkan masa sejam itu aku dan Yani akan menggunakan masa yang ada untuk menapak ke klcc
untuk apa ke klcc?
ahaaaaaaaaaaaa untuk benda ini
taken from Nikon camera

ini namanya Durian crepe dan chiffon cake
ada di jual di stall Durian Durian di klcc
korang boleh dapatkan RM7 for two untuk chiffon cake 
untuk durian crepe harganya sebiji RM 4.50 
kalau di beli 8 biji macam gambar di atas tu total nya RM18

ini lah rutin aku setiap Jumaat
adalah alasan untuk berhempas pulas berjalan sampai ke klcc sana
bila sampai rumah crepe akan habis sekelip mata
tau tau tinggal seketul aje ni

so....
setiap Jumaat korang buat rutin apa pulak?

# kembang

aah
kembang semangkuk boleh tahan
setelah 13 kali aku attempt tutorial
modul 1 exam dah lepas
aah
dah nama pun model 1
model 1 boleh lah
ada lagi 32 modul nak di habiskan untuk seismic interpretation ni
selamat Berjaya lah.
buat minggu ni aku happy lah dah selesai satu modul
32 moduls to goooooo
kbai
 

Sunday, March 16, 2014

# pusing

kepala aku dah pusing pusing dari malam tadi
benda ni dah jadi 2 kali
last week hari Khamis
and second time is last night
and now...
headache aku tak mau hilang
oh God what is happening :(
menurut mak ada 3 possibilities ajo
1. I might pregnant
2. my bp is either low or high
3. I need a spectacles
 
for item no.1 I already did a test this afternoon
hasil -ve
 
sekejap lagi I shall see the doctor
and we will see how is my BP reading
 
seriously..
kepala aku sakit sangat ni...
 

# weekend

weekend
nama pun weekend
weekend adalah masa untuk kita merehat diri
lepak di rumah with no plan 
no plan pergi mana mana maksudnya
plan dalam rumah siap tersusun rapi pada weekend
sebab weekend adalah masa untuk emak emak seperti aku menyelesaikan household chores

memang tak banyak plan weekend yang baru nak habis dua hari ni.
semalam (sabtu)
bangun pagi tak masak breakfast 
keluar singgah kedai akak roti canai membeli nasi lemak mini 
tengah hari sempat masak untuk lunch
sotong sambal + ikan goreng belada + bendi rebus cicah sambal belacan
gamba makanan belum sedia nak letak sebab lupa sebenarnya
tengah sakan masak baru perasan beras aku habis rupanya
satu hal keluar cari beras pulak
bila dah siap masak tak ada masanya nak snap gambar ke apa
sebelum masak lunch semalam aku kena menyapu rumah yang super luas ini
berpeluh lah di buatnya
malam makan saja apa yang ada.

Ahad (hari ini)
bangun bangun sempat dan semangat masak kuew tiow goreng.


tengah hari kena keluar cari barang nak masak untuk isnin-jumaat
jadi makan di luar
makan di old town white coffee di one shamelin

photo di ambil dari handphone afzal

dan ini
foto anak dara.
sibuk tengok ikan keli dalam tlc
sibuk minum choc fudge dia dekat old town white coffee

malam ni tak masak apa apa lagi
sebab aku ada homework lagi kena siapkan sebelum esok pagi

nahhhhh..ni la homework nya.


oh Tuhan...
pakaian satu minggu kena selesaikan lipat dan sangkut buat kelopak mata aku nak melekat je sekarang ni..

Friday, March 14, 2014

# alahai JL

haritu JT now JL
John Legend is my favorite singer
ada pulak lagu dia dedicate dekat wife dia "All of me"
oh wanita dalam vclip ni memang wife dia tau.

kalau korang suka lagu meaning meaning gini please take a minute and listen :)

it reminds me of me and my husband

i miss u husband 


# helo!

tak sempat nak kongsi pengalaman dengan team baru sebab 2 minggu masuk kerja aku dah line up untuk training and course. 
semalam habis dah satu training untuk interpretation
received the certificate and thank you for organizing this for me
selama berapa tahun la aku kat xxma
satu cert untuk subsurface learning pun susah nak dapat
sebab asik keluarkan alasan aku tak involve mana dengan team technical pun
oklah tak kisah la sebab I already walk out :D
and please DO NOT spread out the news yang aku mohon masuk balik dan kena reject sebab aku ada masalah attitude
like wtf man??
tak pernah pernah lah aku apply masuk balik sana...pfffft!
ok matiklah jangan cakap pasal isu ni lagi. 
tarik napassssss

honestly..
I am thankful to SGS
SGS has brought me to a level that I could have not imagine before
working with SGS is the best memory that I should always remember
SGS is a company where I work and play with seismic interpretation and technical expertise
that is the place where I knew people yang color blind
color blind sebab depa tak pandang kau melayu so kau asean dan level kau kena rendah sikit dari orang lain. NO! 
kat sana semua fair and square. 
sadly di Malaysia double standard ni jadi culture
bukan nye takat cina ngan melayu je
melayu ngan melayu pon ada isu double standard! 
sebab tu bila orang kata kita ni cepat lupa kita jangan la marah. jangan terasa.
sebab itulah reflection orang melayu. hakikat.
ok sudah.

now....
say helo to my new place! Paradigm Geophysical :)
dulu aku ada cerita pasal kawan kawan aku kat Voorburg kan.
now masa untuk sharing kawan kawan di Paradigm

team Interpretation support ada beberapa orang.
kami ada 2 pecahan team.
1. interpretation support (Geophy/Geology/Geomodeling)
2. geolog support (Petrophysicist)

pecahan team seterusnya jauh sikit dari team ni iaitu team reservoir engineering dan drilling team.

team Geo and Petrophy lebih bersama dan lebih di pandang as one team. geng petrophysic kami ada dua. budak muda bernama mohsin. dia ni junior beberapa tahun la dari aku dekat ukm jadi tak pernah jumpa la masa uni hahaha. dulu bekerja di syarikat geotechnical sebagai geologist untuk study land slide etc. setahun kerja sana masuk ke Pdgm. sekarang sudah level 1 untuk Geolog user. mohsin ni anak buah kepada edwin. mohsin sekarang level 1.

edwin ialah senior untuk user Geolog. oh sapa sapa yang macam tak paham Geolog is actually a module. each of us mesti ada 1 atau lebih module yang mesti kau master. sebab kau akan jadi support kepada user yang nak pakai module ni untuk buat kerja. so edwin ni memang senior dekat pdgm. sangat lurus apek ni. baru kawin minggu lepas. dia punya bini yang garang macam naga lol! kalau bini dia call mesti satu office terdiam sebab suara bini dia lagi kuat dari bunyi keyboard hahahah! edwin is a nice guy. orang nya lurus dan funny. u can tell him lie and he will trust you sampai la u cakap eh aku tipu la sebenarnya hahaha. edwin is my buddy di office untuk sebulan. "buddy" ni applicable di pdgm supaya kau orang baru lebih familiar dengan office dan kawan kawan baru kau. ada apa nak ngadu, pegi cari buddy. edwin berada di level 3 expertise.

geng seterusnya ialah team Geophysic. 

aku punya geng bernama aishah. aishah ni previously landed di Hess and now she will be moving to Dialog kalau aku tak salah ni. aishah sebaya aku dan owned an experienced more or less than me. dia graduate usm dan kerja di PGS sebelum sambung masters dekat Leeds Uni dan join Pdgm. now dia dah nak 3 tahun dekat pdgm and soon inshaaAllah dia akan naik level 3. aku ni newly join baru duduk entry level 2. dalam level 2 ada stage stage dia. kau akan naik bila kau attend online university test-online pdgm uni exams-onjob evaluation etc. aishah will soon merasa 5 figure salary ooooh! gambate aishah! aku kena panjat 1k lagi baru la merasa 5 angka hahaha bertabah laaah!

senior interpretation modul seterusnya ialah Ruben. Ruben is a very super senior. he is my super senior zaman ukm. batch tahun bila aku tak tanya tapi zaman dia HDTjia masih mengakar.Ibrahim komo pun masih ada. Ruben work with CGG Veritas before and join  Hess years after that. lepas Hess he moved to Pdgm untill now. Ruben is a very helpful guy. you can ask him thousands questions. he's willing to help. Ruben ni also kelaka. family man punya type. dengan kitorang bercerita aku garang tau,balik rumah tak cakap cakap dengan my wife main tampar saja! sekali phone bunyi he pick up the call "hello darlinggg, yes i am kedai makan lah" lol. memang selalu kena bahan la Ruben. we know it is never serious. it's a joke of the day :)

geophysic team yang lain ada di serata dunia. Cameron dah balik Australia. geng geng yang ada di negara lain kami hanya akan dapat jumpa di academy. tahun ni aishah-ruben-edwin akan pegi academy. academy dekat houston. so depa amik cuti 2 minggu. seminggu pegi academy. 1 minggu lagi pergi berjalan NASA-NewYork-Niagara falls. siap pulak Ruben menghangen aku smalam. 

"right after we reach NASA aaa mira, three of us will selfie at NASA and send the picture to you with ps (don't cry babe!)" pfffffffft hahaha

cehhh... like I am not going next year plakkk. hahaha. will see how.

other team member akan pergi jugak academy hujung bulan ni like Ilhan and Azra. tapi aku nak cerita panjang mungkin tak dapat sebab tak berapa kenal. Ilhan is a drilling guy. dia dulu base dekat Malaysia office and last month dia minta transfer ke Jakarta. pop! he's in Jakarta now. Azra is sales guy. Dorang ni kaya kaya tapi tak sombong Alhamdulillah...I am not yet in Malaysia hahahah

Baadsha is a reservoir engineer guy. He is from India and speaks like Indian from India. This guy reminds me of my buddy in SGS -Mandaar at Netherlands. They live in India but don't speak Tamil. They speak Hindi. Tak gelap macam tamil pun depa. Baadsha selalu kena bahan sebab tanak beli kereta lol! so kalau kitorang nak jalan jalan low yat ke akan kua statement Ruben "we are going with people who OWNED a car, even just a few car will be use, those who do not OWNED a car can stay at office" hahaha. and even all of us know that's just a joke man..no offense. Baadsha ni boleh tahan kelaka. aku tak tahan kalau dia datang ke desk aku dan show concern. dia mesti akan cakap u must be facing a hard time just now aaaa, I don't hear your voice.. sambil geleng geleng kepala. and we laugh after that.

oooh ada lagi yang akan aku ceritakan. nanti lah. tangan dah kebas. hahaha. happy weekend yo! 

  


Wednesday, March 12, 2014

# alahai JT

dah berapa kali tah dengar lagu JT yang ni
sedap jugak lagu nye. 
korang dengar lah pulak



# stairs

Hello ladies!!
Masya Allah..naik berhabuk blog aku
kekonon nya nak update entry banyak banyak la last week kan
memang kata kata ku di capati hihi
well minggu lepas adalah minggu yang pack
minggu ni pulak pack jugak sebab ada training whole week
isnin sampai jumaat
isnin depan aku kena post dah ke Hess
jadi persiapan yang tak berapa nak siap ni kena di pukul habis habisan lah
nanti takde lah terkebil mana kalau expat tanya eh you need to help me 
hmmm gamba kitchen dah ada tapi kena edit lah sebab saiz gambar gambar nya agak besar lah
tapi ni aku nak share gambar project kami this week a day before husband flying to work.
minggu ni kami ada buat sikit renovation untuk hall atas
initial design untuk hall atas ialah nak jadi kan hall atas ni ala ala tengok movie 
jadi cat yang kami pilih mmg biru pekat
lampu studio kami pakai untuk hall tengok tv ni
since hall atas belum start buat kabinet dan lampu+potret etc
aku hanya akan update full review hall atas ni once suami dah balik
sebab bila dia balik baru lah tukang tukang ni boleh masuk rumah dan mulakan project
as for yesterday..kami buat renovation untuk siling tangga dan siling hall tv kat atas
ada gambar yang aku share dekat ig
aku share balik kat sini lah
gambar before and after
honestly banyak benda kena beli untuk hall atas ni
sofa pun kena ganti lain
selebihnya biarlah aku cerita bila benda dah 99% complete
cerita sekarang pun gambar nak review takde pun tak sedap jugak kan



buat masa ni..inilah renovation yang dah siap di buat untuk kawasan tangga
bagaimana pun ada satu benda yang kena tukang buat lepas husband balik iaitu dia kena keluarkan balik wire tepi dinding aku ni
sebenarnya ada wire nak pasang lampu kat situ
tapi si tukang ni pegi simen dan skim jadi rata jela dinding aku ni..menutupi wire yang sepatutnya kena keluarkan.
plan kami nak letak gamba 3 serangkai dekat dinding ni
atas gambar 3 serangkai tu pulak mesti lah ada lampu yang menyuluh ke arah gambar gambar yang kami nak letak tu 
baru la ummph! 
tukang akan datang masa nak buat wiring lampu studio kat hall atas ni 
jadi tak de masalah la kalau dia dah siap cat pun sekarang
nanti dia sendiri kena bukak balik dan cat semula hehe
oklah ladies
aku dah mengantuk dah ni
tadi makan mozarella baked fish sampai nak melekat dah kelopak mata
till we meet again.
tata!



Monday, March 3, 2014

# upclose

project kitchen rumah aku dah 95% complete. tinggal 2 penyangkut untuk di beli dan di drill. lepas tu...inshaa Allah siap lah kitchen idaman aku :)

bilik bilik yang sedang dalam project baru siap di cat. hall kabinet tingkat atas dah di book untuk tempahan. sekarang kami tengah tunggu draft design hall atas sebelum orang datang pasang. dressing room cabinet bakal di beli di ikea sajo sebab designer kata kalau book dorang buat bazir duit aje. baik beli ikea. the rest of that project will be upload soon once start. 

once start...

Sunday, March 2, 2014

# 31


tajuk entri kebetulan sama plak dengan lucky number 31 hehehe

my husband is turning 31 yesterday

happy birthday sayang

celebrate cake je semalam sebab hadiah aku belikan masa first salary bulan 3 ni

nak membeli hadiah suami pun balik balik duit dia jugak so excitement tu lain sikit kalau kita guna duit gaji sendiri kan...

so nanti kan hadiah mu hujung bulan ni ye sayang

suami aku ni senang je nak cari hadiah dia

sebab dia akan bagitau apa dia nak

he just mention what he want and we find it together

apa dia mau on his 31st birthday?

another collection of Tissot

which model? itu hujung bulan baru kita tahu sebab time pegi beli la dia tunjuk model mana dia mau

I love you husband

Happy Birthday 02.03.2014


# SAHM

harini adalah hari terakhir aku menjadi SAHM. setelah almost 4 bulan duduk rumah..akhirnya aku akan mula bekerja esok. jujurnya aku ada beberapa dilema sebab dah lama sangat duduk rumah. antaranya ialah kualiti rehat dan tidur yang tiptop hanya ada bila kau adalah SAHM. letih nya menjadi suri rumah dengan staff di office adalah keletihan yang berbeza, ya mungkin kau rasa kehidupan sosial kau macam limited tapi sebenarnya tanpa kau sedari kau mempunyai kualiti masa untuk membesarkan anak yang super good.

dulu aku sangat skeptikal untuk jadi SAHM, bila dah 5 tahun bekerja dan dapat peluang bercuti betul betul jadi SAHM, best sebenarnya pengalaman tu. siapa yang dapat peluang untuk jadi SAHM, pilihla peluang tu. 

selama 4 bulan aku kat rumah, ada beberapa routine yang aku dapat buat dan aku sukakan routine tu, aku suka memasak. sekarang aku tak ada masalah untuk masak anytime aku suka,.sebab bagi aku masak tu enjoy. dulu zaman kerja, masak ni merupakan satu benda yang sangat malas aku nak buat. bila dapat weekend aku tak fikir dapur dah, aku fikir restoran mana nak makan je. bila jadi SAHM, bangun tidur, aku bukak freezer aku tengok sayur apa yang ada, ayam daging ikan atau mana lauk nak masak harini? aku suka perasaan tu. and i will miss that. dulu aku suka harap kan mak untuk masak even masa cuti pun. sekarang bila aku cuti, hari hari aku yang masak. bila orang makan apa yang aku masak, aku rasa super duper happy. even aku akan start kerja, aku akan tetap amalkan routine ni, balik kerja aku akan masak dan semua akan makan malam lepas aku habis masak. aku kena maintain kan routine ni sebab aku nak jadi mak yang masih good in cooking even i am working.

aku suka mengemas baju dan lipat baju. hobi yang aku tak pernah fikir aku akan suka buat masa aku duduk rumah tapi tu la hakikatnya. i love my life :) 

4 bulan yang telah berjaya mengubah fikiran aku dari seorang yang suka challenge di office, suka duit, suka gaji banyak banyak, i am more moderate now. aku lagi suka duduk rumah! dengan kewangan merdeka, tak perlu banyak sangat, janji cukup buat aku bahagia gitu,.haaaa

apapun...hopefully hopefully hopefully...

plan aku dengan isu kain turkish ni tetap berjalan seperti yang di rancang, dan aku nak tengok jugak..did my mind change starting tomorrow about working? sama sama lah tengok cemana kan. 

kita kasi peluang untuk kerja beberapa tahun ni..dan kalau ada rezeki lagi skali untuk aku kembali menjadi SAHM dan aku bersedia untuk itu.. I am willing to do so. 

happy working everybodyyyyy! 

im working too tomorrow ahahahhaha bai!