Sunday, April 20, 2014

# woot


weyyyy best gila accapella ni 
sila dengar 
kepada peminat lagi hindi memang korang akan tangkap kebanyakan lagu yang depa dok humming ni
sangat best! 

Saturday, April 19, 2014

# kebiasaan

had a conversation with emak last night

emak kata dia dah mula boring asyik tengok handphone je

pastu spend masa dekat facebook

dok tengok post post status anak anak saudara 

tengok post status anak sendiri (hahaha)

lepas tu kalau baca sinar harian tu oklah takde la membuang masa mana

lepas tu emak sentuh bab instagram pula

bosan sebab just a collection picture of people and people

okay la 

I have my own opinion pasal benda ni

bagi aku melayan handphone ni umpama melayan kereta

sebab masa mula mula kau beli kereta

satu malaysia kau rasa kau nak bawak

tapi lama lama kau datang la rasa "malas" tu

macam tu jugak la handphone

kita akan guna bila masa perlu je

jalan jalan tengok status kawan kawan tu pun kadang kadang je

dulu aku suka update status dekat facebook

tapi aku realize that satu dunia duk baca status aku dan komen belakang (especially in law yang suka belagak ustajah) 

so oklah aku stop posting any

kadang tu aku update status aku ngantuk pon kena sound juga 

tu yang aku tak paham betapa kakisebok nya manusia yang nak jadi friend aku dalam fb tapi dok nasihat aku "jangan update status gini gini" WTH?>

lebih baik kau keje dengan fb pastu kau filter status fb aku (hahahaha)

disebabkan terkekangnya fb ni aku rasa tak best haha

aku jalan masuk twitter dan aku cakap apa aje aku nak setiap masa

kadang boring aku takdela tulis apa apa

kadang rajin update aku berjela

dah nama benda tu twitter 

so siapa yang bajet tak suka apdet twit jangan mengada join twitter pastu jadi ustajah nasihat aku jangan update twit selalu (bole-bram---)

oh jauh cerita dah rupanya hahaha

cakap pasal boring boring handphone pun aku tengah misi nak cari phone lain.

dua pulak kena ganti tu,

sebab phone opis kasi ni aku tak reti pakai sangat 

dah nama bb. mmg aku tak pandai sangat.

jadi nak tukar smart phone lain la yang saiz kecil dan senang nak bawak merata dalam hess.

handphone personal pon perlu nafas baru lah. napas epal ke. haha

oklah ladies.

happy sunday uols! 


Wednesday, April 16, 2014

# Dang

Day 3 Wednesday
mana wedding ring? tak pakai lagi harini?
(tak..I pakai cincin terbaek I ni)
okay..takpelah..cantek je..jangan marah la dah ok?
(siapa marah? takde orang marah ponnn)
dah pukul 12. jum makan. I tunggu dekat Aseana
(I tanak makan - kenyang dah)
hmmmm Okay takpe. I turun makan dulu.

15 minutes after
Hello miss nurul amiraaa 
Yes..speaking...wey I am Puan lah (I know who you are)
Your Lasagna Beef and ice choc dah siap. You can pick it up now. 
what? wey..I don't order anything laaa
Yes I know but Lasagna beef dah siap. Turun sekarang atau I anta naik atas.
Ok Okkk I turun *rolling eyes*
Jangan lupa makan okay. I suruh makan sekali tanak. siap nak kena bungkus ha..manja sangat ni.
Siapa pulak suruh u tapau untuk I ni? haaa I tak suruh. tapi takpela since dah belikan kan..terima kasih hahahaha
Good. so are we good?
Yes. mestilah good. this lasagna beef cost you RM26 before tax ni hahaha. choc ice RM 14 before tax.
tengok muka pon I dah tau you memang dah master harga makanan dekat Aseana tu
HAHAHAHAHAHA..thank you btw! I nak naik atas makan. BYeeeee

ehhhh wait!
I nak tanya satu soalan
what?
Angah kerja mana sekarang?
My angah kerja dekat Onyx.
Onyx? waaah I ada kawan la sana..jap I nak call Nadzri 
Who's Nazri? 
Suprise---
Wait..angah post apa kat sana? 
BD

He pick up the phone and call someone
Hello Bro..kau kat mana? eh kau kat Onyx kan? Do you know Adila? The BD women for Onyx? 
aaaa..yeah hahaha. eh aku jumpa kau petang nanti ok? bring Adila along. I have suprise for her,
Call ended
I nak jumpa NAdzri petang ni. I suruh dia bawak Angah skali. hihihi

OMG..dalam hati aku dah cuak dah...matiklah....angah mesti marah aku pasni @____@

6.00pm...
Driving passing UOA..my phone ring

Alonggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!
Ok wait wait...I can explain
How on earth this guy could find you laaaaaaaaaaaa?
Alamak I also have no idea
Kau tau tak aku terkejut gila babis bila aku dengar orang jerit nama aku dalam Tamarind tu? 
hahahaha what happen la wey?
I came with my team along with Nadzri, Nina and Zainal. suddenly dari dalam restaurant aku dengar orang jerit nama aku "Angahhhhhh!" wey sumpah aku terkejut. Aku lagi terkejut sebab aku nampak dia! gila laaa..abisla kau long. habis laaaa. punya la susah aku ngan mak lari dari pasar malam dulu sebab tanak bagi dia ikut kitorang balik rumah,nanti sibuk tunggu kau kat luar.. hahaha
bodo laaaa..don't remind me lah! 
OMG dia cakap ngan office mate aku that he knew me since I was a kid. Damn..aku rasa cam alamakkk harus ke aku nak iyekan dan teruskan perbualan tentang kisah kanak kanak ni..dah la selamber je cakap selalu datang rumah kita jumpa kau. dia tak tau tu zainal kenal kau. pasni kalau zainal jumpa kau mesti dia gelak besar
itulahhh tu...cis bodo laaaaa. 
HAHAHAHHAAH ni aku gelakkan kau
ngek la kau Ngah
Okay will talk to you later - Driving
So do I
kesian kau long HAHAHHA
angah aku lempang kau kang
HAHAHAHHAHA
Ok Bye 
Bye







Tuesday, April 15, 2014

# merajuk

Day 1 (Monday)

walking passed my cubicle 
Hey good morning!
(good morning) 
been busy? 
(like you can see what am I doing now?)
ok ok go ahead..will see you after I'm done with the evaluation
(ok....)

went out from meeting room and stop by at my cubicle
U ni busy je I nampak ni
(boleh la, tengah ada keje sikit, why?)
nothing..saja je tanya you. sebab nampak u busy je
(aah)
OKlah, I nak balik Petrofac ni
(okay)
Ok? *angkat kening*
(Iyelah Oklah balik la..)
Itu je? *angkat kening*
(iyelah kenapa nya?)
OK la OK la. Jumpa esok
(iyeee)
I balik duluuuuu
(iyeee)

Day 2 (Tuesday)
Walking passed to my cubicle and sitting back at desk 
So...how are you today?
(good thank you)

one friend drop by and asking him to go to the meeting room "eh let's go" 

jap jap jap aku nak jumpa gf.
(muka berkerut)
kawan tinggalkan dia kat meja aku

so...how's thing's today?
(okay doing good)
he come close to my desk and ask 
"so cemana keje u ni? cuba you cerita sikit, I nak tau jugak sebab I yang buat evaluation project project yang you buat ni"
(ehmm ni la yang u nampak ni as it is lah, hess beli application pdgm and I datang sini untuk support user Hess yang ada masalah nak guna application ni)

oooowh 
ok.... 
eh..
(what?)
Is this your wedding ring? *tunjuk jari aku*
(NO)
Where is your wedding ring?
(I don't wear it)
WHY??
(because I don't think I want to)
Show me the wedding ring.. I want to see it
(I tak bawak lah)
kenapa you tak bawak?
(sebab I tak pakai buat apa I bawak)
Why again? memang u serious tak pakai wedding ring you.
(iyelah why lah?)
WHY again?? This is getting serious. I smell something fishy~~
(there is nothing fishy pun, I don't put on my wedding ring to work, tu aje lah)

hmmmmm nanti you kena pakai cincin yang lebih banyak corak and design..
yang ada diamond sebiji atas cincin ke..
baru lah cantik. 
this ring is too simple for your finger. simple sangat lah.
(why on earth would you care if I want to wear this type of ring? 
I buy this myself pon,
bukan I suruh orang beli,
 bila I beli makna nya I suka design yang I pakai ni. 
SIMPLE,TAK TERSANGKUT dekat baju pakai cincin plain macam ni)
so you beli la cincin yang you pakai ni?
(aah, I beli I pilih)
I can buy you ring that is wayyyy beautiful and better than this :)
(muka ku petak-kilat-guruh sabung menyabung-mata aku nak hujan)
Jangan la marah I...
I cakap je. 
but I can buy you a better ring and you will put it on everyday and everytime.
(I don't need anything from you :[, I just want to be alone,will you leave now?)
Oklah I minta maaf..
I takde niat nak cakap apa apa and sedihkan u..
jangan nangis ok. 
( I tak nangis laaaah)
Kalau tak nangis esok kita pegi lunch. 
(I tanak)
Then kalau tanak cemana I nak belanja u?
(I tanakkkkkk T-T)
OKla OKla..esok la kita cakap lagi. tapi sebelum I balik I minta maaf okay. I am sorry

and you leave.

tiba tiba Farah jiran sebelah pusing kerusi dia dan kata...
" I ingatkan dia main main cakap u gf dia, I rasa betul lah..u memang gf dia eh? gf lama ke ni? 
Shhhhit* memang tak lah. mana ada wey.

kau niiii
kau tau tak aku merajuk dengan statement kau?
itu cincin aku 
sukati aku lah nak pakai cincin mana aku nak
bedebah la kau ni
sedih aku tauuuuu sedih! T-T
aku buat buta je esok kau datang singgah meja aku
sobs.. 








Thursday, April 10, 2014

# hadiah

tergelak aku sorang sorang la pasal benda ni...
pelupa nya aku sekarang niiiiii


Wednesday, April 9, 2014

# small world

ada beberapa kisah aku nak kongsikan dekat sini. mungkin 2 kisah mungkin 3 kisah. tengok lah sejauh mana aku ingat tentang kau.,

kisah 0
kita kawan zaman pmr, masa tu takde sapa tahu pon, sebab kau tak banyak kawan and tak la glam macam jejaka jejaka macho. ;lebih pada jambu maybe (?) tapi sebenarnya kita kawan, asal raya kau datang jemput aku pergi raya rumah kau. makan sama sama family kau. semua adik beradik kau aku kenal. 

kisah 1
hujung hujung nak habis zaman sekolah. zaman habis spm. masa tu masing masing tengah tunggu result. kau la yang paling rajin berulang alik datang rumah aku, kalau jumpa ayah aku kau akan willing lah buat apa kerja sekalipun. sampai ke pagar pon kau kata "uncle, I can fix this fence" what a try to win arwah my ayah punya heart :) tak mintak masuk rumah pun...cukup lah sekadar kau sembang dengan ayah aku depan rumah tu. kalau aku rajin aku keluar lah kalau tidak kau balik. zaman ni jangan la terserempak dengan kau kat pasar malam. konfem sampai je aku kat rumah, aku nampak kau dah sampai dulu. hebat.

kisah 2
satu juga kerja kau ulang alik masa kami ada kedai kasut bundle dekat hulu bernam. sampai siap arrange ada parking sendiri bawah atap kedai. parking sebelah motor ayah. ayah seems tak marah pon kau nak datang suka ati kau aje. 

kisah 3
zaman masa dah dapat result masuk matrikulasi. masa ni aku bagitau kau yang aku nak masuk matrik. kau akan masuk uitm. ok lah tak kisah. sama sama kejar cita cita bro! kita start cari haluan belajar dan lost contact setahun.

kisah 4
zaman aku dah habis matrikulasi dan kau masih dalam semester uitm. aku cuti tunggu result dan nak isi masuk Uni mana. masa tu lah kau rajin teman aku pegi mana mana. KL? cakap je aku nak pergi esok pagi, kau dah tunggu kat stesen bas Tanjung Malim. zaman ni aku dah ada cinta hati. tapi aku tak rasa pape lah sebab kau pon aku nampak macam kawan je, kawan. 

kisah 5
masa aku dapat tawaran masuk uni..kau datang jumpa mak aku. minta izin nak ikut hantar aku ke ukm. oklah mak aku macam berat hati lah nak bawak anak orang ni ikut skali masa pendaftaran. takpelah mak cakap nanti masa free free datang la visit nurul dekat ukm. kau akur dengan nasihat mak aku. kita tak jumpa selalu masa tu sebab aku hanya contact kau masa aku balik kampung. dan again...masa tu kehidupan bergolak ntah macam mana aku malas nak ingat. best+konpius+kelaka. ok fine.

kisah 6
zaman aku habis Uni dan start nak cari kerja. duduk dekat Damai Keramat. rumah flat yang kitorang duk ramai ramai. entah macam mana celah mana kau jumpa aku balik? memang tak pernah la putus asa. hari hari aku balik dari IBM aku akan nampak muka kau dulu kat bawah rumah. bila ajak lepak alamak kau tak reti nak balik. susah nya nak cakap I want you to leave. I am sleepy T-T budak budak rumah aku memang la yang terbaik dalam dunia. siap ada yang crush dekat kau sampai tertanya tanya eh awat along boleh tak suka dengan mamat tu? dia hensem apa. anak matsaleh wey. apa lagi x kena dengan dia? well. hati kita siapa tahu? Tuhan je boleh baca. Next! 

kisah 7
zaman kerja di uzma kau tetiba ada dalam ym aku. eh tetiba? masa tu kau dah kerja dekat tanjung petroleum. sibuk nya nak datang uzma nak ajak makan. berjuta alasan la aku kasi masa tu sebab aku dah punya cinta hati la wei. kang sia sia je fitnah datang berjela jela. kebetulan masa tu aku dah bertunang pun, aku bagitau status aku ni tunang orang ni, ala kau tak kisah. nak jumpa nak jumpa. apa apa laaaah. sampai Damansara sana kau track aku duduk mana. gigih betul usaha kau ni.

kisah 8
aku buka fb dan nampak kau dah punya kekasih hati, masa tu rasa happy nyaaa nak nangis! sebab ada yang balas cinta kau bro! i am happy for you. aku siap hantar tahniah pada kau sebab aku happy gila. aku nak kau bahagia sampai anak cucu. kau ada la cerita bini kau tu yang kejar kau siap jumpa mak kau sebab nak kawen dengan kau. so kau terima lah. aku tak kisah bro..janji aku nak kau bahagia sebab kau memang setia! :)

kisah 9
aku pindah dari uzma dan pindah sgs untuk beberapa bulan. masa tu aku dah nampak kau pergi london dan isteri ikut sama. masa tu aku dah duduk holland. aku tau kau dah kerja petrifac masa tu. adalah kau tanya aku kenapa duduk sana et al. aku jawab sebab kerja. kau pulak masa tu balik kampung nak lawat nenek katanya, bawak isteri sekali jalan sama, well kampung dia kat London la sebab mak dia omputih. ayah dia orang Malaysia. kalini aku tak bagitau aku kerja company mana. aku add isteri kau dekat fb sebagai tanda well I know your husband and you must know me too. kami kawan ja wei.

kisah 10
aku tak tau celah mana masa kau datang meeting semalam kebetulan bilik meeting tu depan cubicle aku. dari jauh aku dah tangkap suara kau. bukan sehari aku kenal kau. berbelas tahun I must say hahahaha. dari kejauhan itulah aku tau alamak kau datang sini ke? aku kan kena station dekat hess. kau dari petrofac all the way down from level 21 ke level 12 untuk discuss tender. ye kau team lead procurement team. bravo! di sebab kan aku tanak kau notice aku yang duduk kat cubicle tu, masa kau keluar dari bilik meeting cepat cepat aku lari pegi jamban. 2 kali kau lalu depan cubicle aku pastu pandang tag nama dekat cubicle "Aishah Abdullah", aku ingat masa ni aku dah terlepas lah. mungkin pelanduk 2 serupa.

kisah 11
harini kau datang lagi rupanya ke hess. kalini kau takde doubt dah. terus datang jenguk cubicle aku dan cakap "kenapa nama dah jadi Aishah?" hahahahha Oh My God--- aku ingat aku dah terlepas dari pandangan mata kau tapi jauh mana aku tunduk kepala aku kasi monitor ni tutup muka aku..kau nampak jugak. hebat mata kau bro. hahahaha. mintak name card aku dan kau kasi name card kau. ok terima kasih bro. soalan kau masa ni semua nak menyentuh jiwa je kan. aku rasa macam nak balut muka dengan sweater

"how are you mira?"
"semalam I datang sini, I lalu banyak kali tapi I takut salah orang sebab nama you lain sini"
"how's life?"
"how was marriage life?"
"do u have kids?"
"hmmm semua ok?"

sumpah.. kalau lah kau pempuan..laju je aku jawab soalan soalan camni, tapi kau lelaki bro.. kau lelaki @_____@

sampai kawan kau pulak tanya ni siapa ni? cemana kau kenal dia? jawapan menikam kalbu je 
" panjang cerita ni...." OMG tolong lah! 

sebelum balik lepas meeting kau singgah lagi cubicle aku. masa ni team leader aku ada sebelah aku duk bincang pasal data loading. 

" mira, see you tomorrow"
what? 
"I said see u tomorrow, I'll be here tomorrow, will catch you during lunch"
T-T 
what a man laaaah kan. 

aku tak tau nak berperasaan apa sekarang ni.
cemana agak agak kalau korang berhadapan dengan situasi yang macam ni? aku nak tau juga. 
itu baru sorang yang berjaya menjejaki aku kat sini
kang bantai pakwe perancis kita pun kita jumpa kat sini (which I deadly hope NOT)
memang lah aku akui sekarang
what a small world! 

puting beliung workstation aku dekat Hess ni, abaikan lah, dah kata sibukkkk.






Monday, April 7, 2014

# sakit

agak keciciran dengan apa yang nak di kongsi dalam belog
tapi jujurnya sekarang aku dalam fasa
fasa mengubat diri
aku..emak..adik..angah dan suami tengah sakit
punca kami tahu sakit bila emak yang dah lama sakit 
yang kami sangka sakit
gout lah,SLE lah,
rupanya tidak
4 kali ambil darah sudah
medical tidak dapat cari punca apa
sampai doktor konpius mak ada sakit apa?
medical report clear- tapi doktor berdepan dengan seorang pesakit yang nampak teruk
tangan tak bisa di angkat
muka bengkak 
tak lalu berjalan - siap berpapah
sakit serba serbi
sakit yang emak ada punya jawapan pada sakit aku juga
rambut gugur segenggam setiap kali sikat rambut
sakit kepala yang aku sibuk jumpa doctor - doktor klasifikasi mungkin kena classic migrain
check mata rabun ke? tidak rupanya
tengkuk sakit tak bisa pusing kanan atau kiri
masa nak bagi salam tahyat akhir nak menitik air mata
sakit nya leher aku Ya Allah.....
aku ingatkan aku ada cancer
aku ingatkan aku ada masalah yang doctor pun tak nampak
mungkin stage 1 atau 2
tapi aku silap
di sebalik kau jumpa doctor yang hanya tau sakit kau apa dan apa
kau kena jumpa ustaz juga
baru kau tau apa sakit kau ada
aku jumpa ustaz ishak
jawapan aku terbongkar kat situ
kat situ!
ustaz kasi aku air minum - air limau untuk mandi - garam dan lada hitam untuk aku tabur di semua simpang jalan nak masuk ke rumah
ustaz nak datang rumah tengok rumah aku cemana
aku tak dapat nak jemput sebab last week buat bbq dekat rumah tanjung malim
aku plan nak jemput minggu ni tapi dah tak perlu
sebab rumah dah "bersih"
kami yang masih 20% sakit
80% sakit aku dah hilang
80% sakit mak juga dah hilang ALHAMDULILLAH
kadang kadang masih rasa panas telinga masa solat
rasa terbakar telinga 
ada gambar boleh di tunjuk bukti tapi aku tak pakai tudung - aurat di situ
selesai ubat pertama jumpa ustaz
sakit kepala aku serta merta hilang
rambut aku tak gugur dah!
tengkuk leher tak sakit..
classic migraine andaian doktor pun dah takde.
aku cuma mahu orang yang melakukan kerja keji ini datang ke rumah dan minta maaf pada emak dan aku
kau bersalah pada kami. kau sedar tak?
aku tunggu bila kau akan datang depan pagar tu.
aku tunggu.



Sunday, April 6, 2014

# champion

i feel like i winning in everything i do
so this is a song for my self
where i don't care what you want to say or think
i know where i stand and i shall never give up
got it?