Sunday, January 5, 2014

# 2014

yang sebenarnya aku ada plan nak tukar template blog ni tapi tak tahu bila. haha

yang sebenarnya aku nak update cerita rumah tapi aku tak reti nak mula dari mana sebab semua nya masih on the go. aku rasa lebih baik update cerita bila satu part untuk satu bahagian itu selesai baru la nak update gambar ke apa. 

project yang tengah aku usahakan sekarang ini ialah menyiapkan bilik bilik atas. maklumlah bilik aku dekat atas tu ada 4. satu pun tak setel lagi. harini dah masuk 6hb, lagi 24hari suami nak balik dah..kalau aku tak siapkan project ni sebelum furniture masuk mesti dia keciwa ni. jadi aku kena siapkan lah kalau boleh dalam 2 minggu ni selesai dengan kisah mengecat bilik bilik atas.
as for now, hanya bilik adik yang dah berjaya cat satu bilik completely. bilik emak belum start pape dan 2 bilik lagi iaitu bilik baju dan bilik tetamu pun belum start pape, naik pening jugak aku sekarang ni ha. 

kes langsir juga satu hal sebab aku kena ukur pulak panjang berapa panjang tingkap bilik bilik ni untuk tempah rail pastu nak pergi cari kain langsir pula untuk bilik bilik. nampak nya memang bukan duduk saja aku menikmati holiday, ini namanya juga bekerja untuk rumah sendiri haha

langsir bilik aku plan akan design ikut theme bilik masing masing. cuma langsir living hall aje lah tunggu suami balik sebab kain langsir itu dari Turki. tunggu saja lah baru plan jahit kan.

aku rasa once dah siap bilik afzal then I can start updating pasal rooms. sekarang ni memang belum siap betul betul semuanya. bilik aku sendiri apatah lagi haiii. minggu lepas pun ke Ikea membeli meja dan kerusi study untuk afzal. cermin yang aku tunjuk haritu belom di beli lagi. guess that will be coming week punya pembelian, tapi bila ku fikirkan betapa pack nya Ikea tu..aku rasa super malas nak pergi sana membeli. masyaaAllah ramai manusia sampai tengok orang ramai pun rasa penat.

oklah ladies, aku kena keluar ni nak cari roller untuk cat bilik emak dan bilik baju. hopefully hopefully aku dapat siapkan bilik bilik ni secepat mungkin sebab aku nak start masukkan furniture pulak dalam bilik emak. 

happy monday all! 

bai.