Saturday, January 11, 2014

# dunia kanak kanak

aku punya adik saudara. anak kepada cu kami lah. beda umor memang jauh sangat lah sebab dia paling kecil dalam generasi adik sedara. nama dia Zety. Zetty Atikah. cantik nama dia kan?

Umornya 7 tahun. baru masuk darjah 1 tahun ni. haritu dia datang rumah aku saja tidur sini seminggu. jadi apa zety buat di rumah? main dengan sophie. sophie ni anak sedara zety lah. walaupon umur zety baru 7 tahun, dia dah jadi makcik dah. makcik zety lol

satu hari...sophie pecah pecah kan cookies dia makan depan pintu dan makcik zety dia sangat piss off dengan tindakan sophie tu.

jadi zety pun memulakan persembangan dia dengan sophie

zety : sophieeee kenapa sophie buat macam ni....bersepah la sophieeee
sophie : em? em? pecah pecah cookies lagi
zety : sophieeee sit down sekarang. sit down.
sophie : em? em? tebar tebar cookies

zety tak puas hati lalu datang kepada aku. lalu zety bertanya.

zety : kakak nurul...macam mana zety nak cakap dengan sophie?
aku : hm? zety nak cakap apa dekat sophie?
zety : zety nak suruh dia bangun..dia pecah pecahkan cookies tu dekat depan. tapi dia tanak bangun lah.
aku : zety cakap apa dekat sophie suruh dia bangun?
zety : "sit down"
aku : oooooooh zety bukan suruh dia bangun tu...tu zety suruh dia duduk dekat situ. 
zety : duduk? habis tu bangun nak cakap macam mana?
aku : cakap dekat sophie.. "sophie stand up"
zety : aah laaaa zety lupa laaaa. zety silap tadi. sit down pulak. hihi..

zety datang menghampiri sophie and said "sophie, stand up" 
sophie pun bangun hahaha

dunia kanak kanak... zety bila nak datang rumah kakak nurul lagi?

curi dari ig afzal haha

the red alert

wave 13

harini nak dengar lagu apa?

layan lagu lama lah jap hehehe

happy weekend y'all!