Sunday, March 2, 2014

# 31


tajuk entri kebetulan sama plak dengan lucky number 31 hehehe

my husband is turning 31 yesterday

happy birthday sayang

celebrate cake je semalam sebab hadiah aku belikan masa first salary bulan 3 ni

nak membeli hadiah suami pun balik balik duit dia jugak so excitement tu lain sikit kalau kita guna duit gaji sendiri kan...

so nanti kan hadiah mu hujung bulan ni ye sayang

suami aku ni senang je nak cari hadiah dia

sebab dia akan bagitau apa dia nak

he just mention what he want and we find it together

apa dia mau on his 31st birthday?

another collection of Tissot

which model? itu hujung bulan baru kita tahu sebab time pegi beli la dia tunjuk model mana dia mau

I love you husband

Happy Birthday 02.03.2014


# SAHM

harini adalah hari terakhir aku menjadi SAHM. setelah almost 4 bulan duduk rumah..akhirnya aku akan mula bekerja esok. jujurnya aku ada beberapa dilema sebab dah lama sangat duduk rumah. antaranya ialah kualiti rehat dan tidur yang tiptop hanya ada bila kau adalah SAHM. letih nya menjadi suri rumah dengan staff di office adalah keletihan yang berbeza, ya mungkin kau rasa kehidupan sosial kau macam limited tapi sebenarnya tanpa kau sedari kau mempunyai kualiti masa untuk membesarkan anak yang super good.

dulu aku sangat skeptikal untuk jadi SAHM, bila dah 5 tahun bekerja dan dapat peluang bercuti betul betul jadi SAHM, best sebenarnya pengalaman tu. siapa yang dapat peluang untuk jadi SAHM, pilihla peluang tu. 

selama 4 bulan aku kat rumah, ada beberapa routine yang aku dapat buat dan aku sukakan routine tu, aku suka memasak. sekarang aku tak ada masalah untuk masak anytime aku suka,.sebab bagi aku masak tu enjoy. dulu zaman kerja, masak ni merupakan satu benda yang sangat malas aku nak buat. bila dapat weekend aku tak fikir dapur dah, aku fikir restoran mana nak makan je. bila jadi SAHM, bangun tidur, aku bukak freezer aku tengok sayur apa yang ada, ayam daging ikan atau mana lauk nak masak harini? aku suka perasaan tu. and i will miss that. dulu aku suka harap kan mak untuk masak even masa cuti pun. sekarang bila aku cuti, hari hari aku yang masak. bila orang makan apa yang aku masak, aku rasa super duper happy. even aku akan start kerja, aku akan tetap amalkan routine ni, balik kerja aku akan masak dan semua akan makan malam lepas aku habis masak. aku kena maintain kan routine ni sebab aku nak jadi mak yang masih good in cooking even i am working.

aku suka mengemas baju dan lipat baju. hobi yang aku tak pernah fikir aku akan suka buat masa aku duduk rumah tapi tu la hakikatnya. i love my life :) 

4 bulan yang telah berjaya mengubah fikiran aku dari seorang yang suka challenge di office, suka duit, suka gaji banyak banyak, i am more moderate now. aku lagi suka duduk rumah! dengan kewangan merdeka, tak perlu banyak sangat, janji cukup buat aku bahagia gitu,.haaaa

apapun...hopefully hopefully hopefully...

plan aku dengan isu kain turkish ni tetap berjalan seperti yang di rancang, dan aku nak tengok jugak..did my mind change starting tomorrow about working? sama sama lah tengok cemana kan. 

kita kasi peluang untuk kerja beberapa tahun ni..dan kalau ada rezeki lagi skali untuk aku kembali menjadi SAHM dan aku bersedia untuk itu.. I am willing to do so. 

happy working everybodyyyyy! 

im working too tomorrow ahahahhaha bai!