Friday, March 21, 2014

# sabtu 22.03

Hello Saturday! 
weekend untuk semua :)
seawal pagi pukul 4 pagi sofiya dah bangun gerakkan aku
mujurlah ammi tidur awal malam semalam
jadi up until pukul 830 ni sofiya tak mengantuk pun lagi
nampaknya rutin suri rumah akan berjalan seperti biasa
angah baru balik dari Mukah semalam
alang pula baru sampai dari Kelantan pukul 6 pagi tadi
alang nak ambil kereta dia duk repair di Petaling Jaya
last time eksiden..
hari ni dah boleh ambil lah
petang nanti alang akan balik ke Kelantan balik sebab esok nak bawak Ammar pegi check up
minggu depan merupakan minggu gathering adik beradik
kami semua akan balik ke TM dan lepak dekat rumah mak
Ammar pun balik kalau ayah nya dapat cuti minggu depan inshaaAllah

tadi tengah kemas kemas nampak owner rumah depan tengah bukak2 pintu tingkap rumah dia
kemas kemas
ada orang tengah potong rumput depan taman tuan rumah
agaknya rumah che det ni dah ada pembeli
haritu rumah depan aku ni nak jual 
owner nya dah tua
mungkin dah ada rumah lain nak duduk 
atau pun decide nak duduk dengan anak
agent rumah depan ni bernama CHe Det
last month aku tanya che det harga rumah depan aku ni ialah RM645K (boleh nego)
kalau ada sapa sapa nak take a look rumah ni boleh la tanya che det nanti
kalau korang datang rumah che det ni
berdepan rumah che det ni rumah haku laaaa
hihi



oklah uols
happy weekend! 
harini belom decide nak masak apa
perhaps boleh kongsi korang baked macaroni cheese recipe ke kan
kalau aku rajin la tu

inshaaAllah jumpa lagi! 


# pusing part 2

masih ingat aku cerita pada korang pasal pusing kepala tu?
aha
sebenarnya dah berapa hari terperam cerita ni sebab lupa nak tulis
busy sikit
hal yang sebenarnya ialah aku dihinggapi classic migrain
sebaik kepala pusing pusing
lepas selesai makan ayam penyet masa tengah hari
aku bergegas lah ke clinic
datang pukul 120 tgh hari memang doctor pun tahu nak makan 
jadi aku hanya singgah beli pregnancy test kit
setelah membeli aku pun test 
hasil jawapan negatif (setelah di beritahu pada korang dalam entri #pusing)
setelah beberapa jam aku menelaah paper
aku kembali ke clinic dan berjumpa doctor sharifah
cerita cerita dan cerita
doctor mengesahkan aku kemungkinan terkena claasic migraine
bagaimanapun doctor menasihatkan aku untuk buat eye sight test
aku di beri obat migraine dan di nasihatkan untuk hanya makan ketika sakit nak pingsan
untuk itu
aku tak usik lagi obat migraine tu sebab boleh handle
asal nak muntah aku baring lah
aku telah berpuasa dengan jaya untuk tidak minum kopi
infact minggu ni terus aku tak minum kopi
nanti rindu aku minum lah balik kan
cuma pengambilan harus berkurangan
hasil nya pening kepala aku hilang dah
rasa pening pening light light aje
malam lepas jumpa doctor aku juga bergegas ke optometrist untuk periksa lah mata ni apa masalahnya
optometrist kata mata aku tak ada masalah pun
rabun pun sikit sangat sampai dia pula cakap tak payah buat cermin mata
terjawab sudah persoalan mengenai pusing.
oh ya
doctor juga ada menasihatkan supaya aku menukar pil perancang
dari pengambilan yasmine kepada younger sister of yasmine iaitu Yaz
Yaz ni mengurangkan kandungan hormon nya di dalam pil dan lebih sesuai di makan untuk jangka masa panjang
dan of course juga investment untuk Yaz adalah lebih mahal dari Yasmine
tapi persoalan nya kalau aku tak sayang kepala aku ni maka boleh la aku teruskan yasmine kan
aku akan mula mengambil Yaz once Yasmine habis dari cycle
oh by the way mungkin lah Yasmine ini blister terakhir yang di ambil untuk tahun ini
I am going to stop taking pills after this cycle! :)
see you next year Yaz! 


# rutin jumaat

entri di atas memang nak cerita pasal rutin aku setiap hari jumaat di office
since staff Islam boleh kira dan takde pulak lelaki
jadi masa rehat di office tetap satu jam
takde orang nak pergi solat Jumaat
di sebabkan masa sejam itu aku dan Yani akan menggunakan masa yang ada untuk menapak ke klcc
untuk apa ke klcc?
ahaaaaaaaaaaaa untuk benda ini
taken from Nikon camera

ini namanya Durian crepe dan chiffon cake
ada di jual di stall Durian Durian di klcc
korang boleh dapatkan RM7 for two untuk chiffon cake 
untuk durian crepe harganya sebiji RM 4.50 
kalau di beli 8 biji macam gambar di atas tu total nya RM18

ini lah rutin aku setiap Jumaat
adalah alasan untuk berhempas pulas berjalan sampai ke klcc sana
bila sampai rumah crepe akan habis sekelip mata
tau tau tinggal seketul aje ni

so....
setiap Jumaat korang buat rutin apa pulak?

# kembang

aah
kembang semangkuk boleh tahan
setelah 13 kali aku attempt tutorial
modul 1 exam dah lepas
aah
dah nama pun model 1
model 1 boleh lah
ada lagi 32 modul nak di habiskan untuk seismic interpretation ni
selamat Berjaya lah.
buat minggu ni aku happy lah dah selesai satu modul
32 moduls to goooooo
kbai