Monday, April 7, 2014

# sakit

agak keciciran dengan apa yang nak di kongsi dalam belog
tapi jujurnya sekarang aku dalam fasa
fasa mengubat diri
aku..emak..adik..angah dan suami tengah sakit
punca kami tahu sakit bila emak yang dah lama sakit 
yang kami sangka sakit
gout lah,SLE lah,
rupanya tidak
4 kali ambil darah sudah
medical tidak dapat cari punca apa
sampai doktor konpius mak ada sakit apa?
medical report clear- tapi doktor berdepan dengan seorang pesakit yang nampak teruk
tangan tak bisa di angkat
muka bengkak 
tak lalu berjalan - siap berpapah
sakit serba serbi
sakit yang emak ada punya jawapan pada sakit aku juga
rambut gugur segenggam setiap kali sikat rambut
sakit kepala yang aku sibuk jumpa doctor - doktor klasifikasi mungkin kena classic migrain
check mata rabun ke? tidak rupanya
tengkuk sakit tak bisa pusing kanan atau kiri
masa nak bagi salam tahyat akhir nak menitik air mata
sakit nya leher aku Ya Allah.....
aku ingatkan aku ada cancer
aku ingatkan aku ada masalah yang doctor pun tak nampak
mungkin stage 1 atau 2
tapi aku silap
di sebalik kau jumpa doctor yang hanya tau sakit kau apa dan apa
kau kena jumpa ustaz juga
baru kau tau apa sakit kau ada
aku jumpa ustaz ishak
jawapan aku terbongkar kat situ
kat situ!
ustaz kasi aku air minum - air limau untuk mandi - garam dan lada hitam untuk aku tabur di semua simpang jalan nak masuk ke rumah
ustaz nak datang rumah tengok rumah aku cemana
aku tak dapat nak jemput sebab last week buat bbq dekat rumah tanjung malim
aku plan nak jemput minggu ni tapi dah tak perlu
sebab rumah dah "bersih"
kami yang masih 20% sakit
80% sakit aku dah hilang
80% sakit mak juga dah hilang ALHAMDULILLAH
kadang kadang masih rasa panas telinga masa solat
rasa terbakar telinga 
ada gambar boleh di tunjuk bukti tapi aku tak pakai tudung - aurat di situ
selesai ubat pertama jumpa ustaz
sakit kepala aku serta merta hilang
rambut aku tak gugur dah!
tengkuk leher tak sakit..
classic migraine andaian doktor pun dah takde.
aku cuma mahu orang yang melakukan kerja keji ini datang ke rumah dan minta maaf pada emak dan aku
kau bersalah pada kami. kau sedar tak?
aku tunggu bila kau akan datang depan pagar tu.
aku tunggu.