Wednesday, April 9, 2014

# small world

ada beberapa kisah aku nak kongsikan dekat sini. mungkin 2 kisah mungkin 3 kisah. tengok lah sejauh mana aku ingat tentang kau.,

kisah 0
kita kawan zaman pmr, masa tu takde sapa tahu pon, sebab kau tak banyak kawan and tak la glam macam jejaka jejaka macho. ;lebih pada jambu maybe (?) tapi sebenarnya kita kawan, asal raya kau datang jemput aku pergi raya rumah kau. makan sama sama family kau. semua adik beradik kau aku kenal. 

kisah 1
hujung hujung nak habis zaman sekolah. zaman habis spm. masa tu masing masing tengah tunggu result. kau la yang paling rajin berulang alik datang rumah aku, kalau jumpa ayah aku kau akan willing lah buat apa kerja sekalipun. sampai ke pagar pon kau kata "uncle, I can fix this fence" what a try to win arwah my ayah punya heart :) tak mintak masuk rumah pun...cukup lah sekadar kau sembang dengan ayah aku depan rumah tu. kalau aku rajin aku keluar lah kalau tidak kau balik. zaman ni jangan la terserempak dengan kau kat pasar malam. konfem sampai je aku kat rumah, aku nampak kau dah sampai dulu. hebat.

kisah 2
satu juga kerja kau ulang alik masa kami ada kedai kasut bundle dekat hulu bernam. sampai siap arrange ada parking sendiri bawah atap kedai. parking sebelah motor ayah. ayah seems tak marah pon kau nak datang suka ati kau aje. 

kisah 3
zaman masa dah dapat result masuk matrikulasi. masa ni aku bagitau kau yang aku nak masuk matrik. kau akan masuk uitm. ok lah tak kisah. sama sama kejar cita cita bro! kita start cari haluan belajar dan lost contact setahun.

kisah 4
zaman aku dah habis matrikulasi dan kau masih dalam semester uitm. aku cuti tunggu result dan nak isi masuk Uni mana. masa tu lah kau rajin teman aku pegi mana mana. KL? cakap je aku nak pergi esok pagi, kau dah tunggu kat stesen bas Tanjung Malim. zaman ni aku dah ada cinta hati. tapi aku tak rasa pape lah sebab kau pon aku nampak macam kawan je, kawan. 

kisah 5
masa aku dapat tawaran masuk uni..kau datang jumpa mak aku. minta izin nak ikut hantar aku ke ukm. oklah mak aku macam berat hati lah nak bawak anak orang ni ikut skali masa pendaftaran. takpelah mak cakap nanti masa free free datang la visit nurul dekat ukm. kau akur dengan nasihat mak aku. kita tak jumpa selalu masa tu sebab aku hanya contact kau masa aku balik kampung. dan again...masa tu kehidupan bergolak ntah macam mana aku malas nak ingat. best+konpius+kelaka. ok fine.

kisah 6
zaman aku habis Uni dan start nak cari kerja. duduk dekat Damai Keramat. rumah flat yang kitorang duk ramai ramai. entah macam mana celah mana kau jumpa aku balik? memang tak pernah la putus asa. hari hari aku balik dari IBM aku akan nampak muka kau dulu kat bawah rumah. bila ajak lepak alamak kau tak reti nak balik. susah nya nak cakap I want you to leave. I am sleepy T-T budak budak rumah aku memang la yang terbaik dalam dunia. siap ada yang crush dekat kau sampai tertanya tanya eh awat along boleh tak suka dengan mamat tu? dia hensem apa. anak matsaleh wey. apa lagi x kena dengan dia? well. hati kita siapa tahu? Tuhan je boleh baca. Next! 

kisah 7
zaman kerja di uzma kau tetiba ada dalam ym aku. eh tetiba? masa tu kau dah kerja dekat tanjung petroleum. sibuk nya nak datang uzma nak ajak makan. berjuta alasan la aku kasi masa tu sebab aku dah punya cinta hati la wei. kang sia sia je fitnah datang berjela jela. kebetulan masa tu aku dah bertunang pun, aku bagitau status aku ni tunang orang ni, ala kau tak kisah. nak jumpa nak jumpa. apa apa laaaah. sampai Damansara sana kau track aku duduk mana. gigih betul usaha kau ni.

kisah 8
aku buka fb dan nampak kau dah punya kekasih hati, masa tu rasa happy nyaaa nak nangis! sebab ada yang balas cinta kau bro! i am happy for you. aku siap hantar tahniah pada kau sebab aku happy gila. aku nak kau bahagia sampai anak cucu. kau ada la cerita bini kau tu yang kejar kau siap jumpa mak kau sebab nak kawen dengan kau. so kau terima lah. aku tak kisah bro..janji aku nak kau bahagia sebab kau memang setia! :)

kisah 9
aku pindah dari uzma dan pindah sgs untuk beberapa bulan. masa tu aku dah nampak kau pergi london dan isteri ikut sama. masa tu aku dah duduk holland. aku tau kau dah kerja petrifac masa tu. adalah kau tanya aku kenapa duduk sana et al. aku jawab sebab kerja. kau pulak masa tu balik kampung nak lawat nenek katanya, bawak isteri sekali jalan sama, well kampung dia kat London la sebab mak dia omputih. ayah dia orang Malaysia. kalini aku tak bagitau aku kerja company mana. aku add isteri kau dekat fb sebagai tanda well I know your husband and you must know me too. kami kawan ja wei.

kisah 10
aku tak tau celah mana masa kau datang meeting semalam kebetulan bilik meeting tu depan cubicle aku. dari jauh aku dah tangkap suara kau. bukan sehari aku kenal kau. berbelas tahun I must say hahahaha. dari kejauhan itulah aku tau alamak kau datang sini ke? aku kan kena station dekat hess. kau dari petrofac all the way down from level 21 ke level 12 untuk discuss tender. ye kau team lead procurement team. bravo! di sebab kan aku tanak kau notice aku yang duduk kat cubicle tu, masa kau keluar dari bilik meeting cepat cepat aku lari pegi jamban. 2 kali kau lalu depan cubicle aku pastu pandang tag nama dekat cubicle "Aishah Abdullah", aku ingat masa ni aku dah terlepas lah. mungkin pelanduk 2 serupa.

kisah 11
harini kau datang lagi rupanya ke hess. kalini kau takde doubt dah. terus datang jenguk cubicle aku dan cakap "kenapa nama dah jadi Aishah?" hahahahha Oh My God--- aku ingat aku dah terlepas dari pandangan mata kau tapi jauh mana aku tunduk kepala aku kasi monitor ni tutup muka aku..kau nampak jugak. hebat mata kau bro. hahahaha. mintak name card aku dan kau kasi name card kau. ok terima kasih bro. soalan kau masa ni semua nak menyentuh jiwa je kan. aku rasa macam nak balut muka dengan sweater

"how are you mira?"
"semalam I datang sini, I lalu banyak kali tapi I takut salah orang sebab nama you lain sini"
"how's life?"
"how was marriage life?"
"do u have kids?"
"hmmm semua ok?"

sumpah.. kalau lah kau pempuan..laju je aku jawab soalan soalan camni, tapi kau lelaki bro.. kau lelaki @_____@

sampai kawan kau pulak tanya ni siapa ni? cemana kau kenal dia? jawapan menikam kalbu je 
" panjang cerita ni...." OMG tolong lah! 

sebelum balik lepas meeting kau singgah lagi cubicle aku. masa ni team leader aku ada sebelah aku duk bincang pasal data loading. 

" mira, see you tomorrow"
what? 
"I said see u tomorrow, I'll be here tomorrow, will catch you during lunch"
T-T 
what a man laaaah kan. 

aku tak tau nak berperasaan apa sekarang ni.
cemana agak agak kalau korang berhadapan dengan situasi yang macam ni? aku nak tau juga. 
itu baru sorang yang berjaya menjejaki aku kat sini
kang bantai pakwe perancis kita pun kita jumpa kat sini (which I deadly hope NOT)
memang lah aku akui sekarang
what a small world! 

puting beliung workstation aku dekat Hess ni, abaikan lah, dah kata sibukkkk.