Monday, August 25, 2014

# stranded

Itulah..kalau dah namanya stranded
Aku sekarang ada di kkb
Kuala kubu bharu
Gara gara pergi jamuan undangan perkahwinan anak paklong semalam
Kereta suami tak mau hidup pulak lepas kenyang kami semua makan nasi minyak
Tertinggal la kereta suami dekat sini dan kami tumpang pakngah balik ke kajang
Emak dan afzal tumpang kereta ciklan
Dalam perjalanan pulang bersembang lah dengan pakngah
Kau suka vellfire tak shahril? Pakngah aku tanya
Serta merta aku gelak sakan
Sebab baru lepas argue pasal nak campak kereta dia masuk kedai kereta untuk dijual lepas tu terus pakngah tanya soalan vellfire
Vellfire
Vellfire
Siapalah yang tak suka toyota vellfire? 
Tak apalah
Kita tengok apa kesudahan cerita kereta tu nanti.
Sekarang tengah sedap tunggu enjin kereta nak hidup dan aku tengah selamat kunyah rambutan sebiji sebiji 

Jumpa lagi.