Thursday, January 29, 2015

# counting 30 : caramel

11.10pm
baru selesai meeting malam dengan mentor kat Houston
macam biasa lah malam malam ni aku malas nak fikir kerja 
kasi kepala berehat dengan aman dulu 
tidur nyenyakkkk
esok baru fikir apa kerja sekolah mentor pesan malam tadi LOL
baru kejap ni aku makan pudding caramel hasil air tangan mak
tadi masa mak masak main main je tengok cemana cara nak buat
bila teringin sibuk mintak mak
aku ni pun dah jadi mak tapi tak mau mau jugak berperangai macam emak aihhhh
takpela next time buat aku buat sendiri and aku post sini on "how to make caramel pudding ye ;)"

tadi lalu instagram sursecrethouse 
instagram suesecrethouse ni jual wedding dress yang harga nak menangis
sebab harga beli dress ni macam korang sewa dekat butik pengantin
alang alang sewa 3-4 ratus ada baik nya korang beli buat kenangan 
malang nya saya dah kawen dan saya hanya boleh suggest sapa nak kawen please tengok ig suesecrethouse 
mesti korang tak sabar nak menabung nak beli wedding dress idaman
dia juga ada jual dress design inspired 
kalau kita terasa nak jadi Kate Middleton ke masa wedding kita 
kita boleh mintak suesecrethouse ni book kan and wedding dress anda akan sampai di pangkuan *love*

dalam ig suesecrethouse tu ada juga baju bridesmaid 
ada la satu design yang aku suka kerana ia sesuai sangat la dengan kasut yang aku beli haritu
sebenarnya nak pakai kasut tu dengan dress 
jadi jalan jalan ig nampak dress ini


cantik tahap nak nangis T___T
siap ada pinggang ramping oh mengidam aku di buatnya
aku takda pinggang buat masa ni so solly mirah
what i do? 
i look for this dress which is exactly more or less like this 
cutting pinggang nya tak duduk di pinggang
cutting nya duduk atas perut acik ni haaa
and i match it with my green shoes
dress dan baju green ni aku nak pakai untuk wedding cousin kat Ipoh this coming 22nd Feb 2015

well at least baju dan kasut untuk kenduri kita dah ada kan
oklah tuuu

i will post it here bila hari merasmi dress dan kasut itu tiba cewah over

till then
bye

29012015



Wednesday, January 28, 2015

# counting 31 : starbucks

 
this is a conversation between me and my daughter Sophie
 
yesterday we went to Metro Point in Kajang where I stop by in front of Starbucks coffee and this conversation begins
 
sebaik stop kereta Sophie jerit.
 
 Sophie : S.T.A.R.B.U.C.K.S!! (spell)
Ammi : hm? ha ok so how do you pronounce it?
Sophie : hmmmm?? (muka soalan)
Ammi : it's Starbucks..
Sophie : Starbucks!
Ammi : what about that?
Sophie : C.O.F.F.E.E .. Sofiya!
Ammi : what? 
Sophie :  C.O.F.F.E.E .. Sofiya!
Ammi and Wan : LOL... it's coffee.. C.O.F.F.E.E is coffee..
Sophie : Coffee!
Ammi : Yes....
Sophie : Tunjuk gigi
 
alahai anak ammi
 
29.01.2015
 
 

Tuesday, January 27, 2015

# counting 32 : you really make my day

this...
has really made my day today
Alhamdulillah
Thank you Rong :)
even masuk meeting lambat LOL
even pemalas
even rasa nak nangis asik meeting 3 jam sampai otak kering
even kena standby meeting masa antara dua benua dah nak satu hari
thank you.
tapi sekarang lapar
ada je alasan aku tanak start kerja
tapi kalini serius
memang laparrrr
ok bye
28.01.2015


gambar sendiri

Monday, January 26, 2015

# counting 33 : online food shop

hello ladies
harini aku tak ke office
emak got her appointment today and I am home today
whole day...leave
aku dengan angah masing masing cuti
angah also ada kat rumah aku
sebab yasir ada warden sampai Selasa
so..ada dua ibu mengandung di dalam rumah ini
two pregnant ladies and one kid :)
actually counting dah up to #counting30 tapi nampak nya keciciran entri pulak kita :D
oklah harini aku nak cerita pasal satu kedai ni namanya eclipstore boutique
lokasi nya terletak di Dolomite Park Avenue di Batu Caves
kedai ni terletak di tingkat 1 baris hadapan park avenue ni
tujuan utama aku sampai ke sini sebab masa hari Sabtu lepas aku dok tengok instagram..
lepas tu ternampak lah satu account instagram ni nama nya lasagna lazat
bukan main la nak drive dari Kajang sampai ke Gombak semata mata nak makan lasagna lazat ni
sesampai nya aku di sana aku panjat tingkat 1 kedai ni
kena buka kasut
ok kita buka kasut
lepastu aku pun walk in ke dalam kedai
suasan kedai ni lawa not bad lah
cuma saiz nya agak kecik untuk aku yang gemuk ni
rasa seperti sesak napas sikit
bilangan meja untuk kita having here is pretty limited
aku kira ada 4 biji meja je available
konsep kedai makan online ni more on modern ke vintage ke aku tak pasti tema sebab aku ni bukan interior designer LOL
tapi konsepnya more on kerusi yang takde sandar, meja makan ada lapik meja kotak kotak. dan ada susunan jar yang banyak menceriakan suasana kedai.
ada rak yang besar dan tinggi sebelah dinding untuk jualan cookies yang orang hantar untuk jualan online
side ke belakang ada ruangan tu ada ruang untuk dorang jual handbag, shawl dan macam macam barang aksesori lain yang orang jual online untuk kita beli secara COD.
keseluruhan food yang di jual di kedai ni bukan dari kedai tu sendiri sebab konsep dia ialah jualkan food online
jadi pengeluar food online letak semua makanan mereka kat sini untuk di jual
kalau kita nak makan kat sini kita akan makan makanan yang di take out
takde la makan atas pinggan cantik saiz L
kita makan dalam polistrin berlapik pinggan plastik
maybe I am just way too old to enjoy the scenery dalam kedai ni sebab saiz yang pretty small
tapi aku tengok ada je family yang bawak baby makan sana
siap breastfeed anak lagi dalam kedai tu comfortably
maybe the place is just not meant for me and my family I guess
mak aku awal awal masuk dah kata tak payah la makan sini
sebab dia pun dah tua kan so dia expect the place would be big and exclusive
sorry mak this is my first time too
but all and all I bet konsep kedai makan macam ni ada fan nya sendiri.
ada peminat nya sendiri yang support this bussiness
sebelum balik dan heading to Wangsa Walk makan di Ucafe
aku ada purchased beberapa food kat sana
sayangnya ke esokan hari nya mak kata nak cuba satu food ni nama nya apa tah aku ada beli kat sana dengan harga RM12
Afzal baru perasan tarikh expired nya dah 5 hari lepas
agak suprise kenapa aku tak perasan food macam tu masih ada dalam freezer kedai tu untuk di jual.
bukan ke organizer kedai ni kena pastikan takde food yang expired di jual dekat kedai instead orang rasa tertipu beli food dah expired??
mak aku suruh komplen dalam ig kedai tu tapi aku choose not to
cuma berharap kedai ini lebih concern dengan kualiti makanan yang dia nak jual supaya benda mcam ni tak jadi lagi.
so siapa siapa yang berminat nak take a look at the shop boleh la nanti google eclipstore boutique gombak.
korang sure jumpa
the rest of the food are okay and most of it dah habis di makan.
ini apart of food yang aku beli kat sana.
susu kocak tu is the best so far
pandai orang yang buat nya tu

gambar sendiri

gambar instagram


lepas ni aku nak cuba beli stripped juice yang che ta dok iklan kan tu

nak merasa ape ke rasa nya
kalau walk in ke boutique nya pun boleh dekat TTDI.


ok la nanti kita review lagi kalau aku ke kedai lain lepas ni.



bye bye!



27012015





Thursday, January 22, 2015

# counting 34 : Ammar Nazran turns 1

 
23.01.2015
 
:)
 
Ammar Nazran bin Nasrul Ashraf
 
he turns 1 today
 
happy birthday sayang
 
maklong loves you always and always!
 
gambar sendiri


# counting 35 : Shoes

terlewat satu entri la aku tak telle dengan counting ni
takpelah nanti kita kejar balik
malam tadi aku ada stalk satu instagram ni
instagram kasut :D
dia buat custom made kasut okay
and I find it interesting
tadi baru email Tanya butik nya di mana
tunggu reply lah
kalau ada kesempatan I will drop by and tunjuk korang kedai nya cemana
rasa rasa macam nak tempeh kasut untuk sophie and ammi :P
 
ini instagram kedai tu kalau sapa sapa nak tengok sample kasut berkenan
atau...
korang boleh cari kasut design apa korang suka
and suh depa buat la lagi syiok kan

 
happy Friday!
 
23.01.2015
 

Wednesday, January 21, 2015

# counting 36 : course


actually ni dah masuk counting 35 tapi takpela kita setel counting 36 dulu
harini adalah tiring day
sebab dari malam tadi aku kena attend meeting up to this morning
jalan jem mashaaAllah tak tahu la nak kata apa
dari elok elok sampai office selalu sejam sekarang dah nak dekat dua jam
maka disebab kan aku ada plan nak masuk kerja ikut schedule 7-4pm balik
aku akan ikut semula jalan lama which is jalan hulu Langat
meeting dari malam sampai pagi dan sampai ke masa lunch ni sangat lah memenatkan.
rasa nak tido flatkan diri je
takpelah lagi sejam lebih lagi nak balik dah
semalam aku call ukm konon nak Tanya kos ITB-UKM yang dulu bukak untuk kos double master tu
ternyata aku kecewa la
sebab kos tu dah takda
so aku akan continue untuk proceed master dengan available prof yang ada la di UKM
sekarang tengah survey the best course to take.
pastu nak pikir nama tajuk research nya skali
tahun ni company pun banyak sekolah depa anta untuk aku
tapi aku akan start attend lepas maternity leave la sebab nak bergerak ke sana ke mari pun sekarang ni dah mula penat
nak seret lappy pun penat Y____Y
good luck to my best friend Cik Onn yang akan mulakan kelas bulan Feb ni
aku akan menyusul dengan disiplin this time *semangat!!*
oklah nak rehat dan makan hahaha
jumpa lagi
22012015

Tuesday, January 20, 2015

# counting 37 : MB

saya sedang tunggu saya punya emerald green MB ni..
minggu lepas saya beli
saya harap dia sampai di rumah dengan keadaan baik sekali



ok nak belanja korang satu lagu favourite saya masa muda
maklomlah tadi orang belanja kita kata kita muda kan LOL 
nahhhh














# counting 38 : Dua RIbu


hallo! :)
semalam tak jumpa blog harini kena up dua entry bagi telle ngan counting kita :D
tadi tengah hari saya ke klcc nak ke RHB untuk print out penyata kwsp
maklom la penyata ni kena anta ke apis agent kekal public mutual aku buat sekian lama nya
sesampai di RHB aku di datangi seorang puan di RHB
nampaknya puan ni bertugas nak mempromosi kad kredit RHB
kad kredit tu banyak juga kegunaan nya selain dapat cash rebate untuk isi minyak kita juga boleh kumpul points kalau shopping di Tesco
sayang nya kad kredit exxon juga memberikan benda yang sama (cash rebate on fuelling maka aku pun decline untuk submit apa apa kepada puan itu)
dalam cerita ni ada yang buat aku tersenyum dan say thank you to her

adik sudah lama kerja?
lama juga la kak...
adik mengandung anak pertama ke?
oh tak ini yang kedua inshaaAllah
adik kerja di area klcc ke?
oh yes tapi bukan dalam klcc
adik nak cuba kad kredit RHB tak? sekarang kita ada promosi.why not kalau akak hantarkan untuk adik kita tengok samada lepas ke tidak. kalau lepas oklah boleh terus pakai kalau tak lepas pun tak apa
oh takpela kak saya baru hantar application kredit untuk fuel. it was send by the company for my daily usage.
ohhh ok tapi adik that one untuk fuel sahaja. ini macam macam adik boleh guna.
stil...tak apa la kak
hmmm you sure?
yes I am sure :)
:) ok wait...agak agak gaji adik ada sampai tak dua ribu sekarang? ada dah 2 tahun kerja ke?
aaaa...cukup cukup ajelah kak that's why saya tanak apply nanti saya overspend susah suami marah
ohh ok ok akak faham. okla macamtu, thank you ya
thank you kak :)

terima kasih kak sebab ingat saya muda. saya dah masuk umo 30 tahun ni kak. takdela baru dua tahun saya kerja. lama jugaklah saya kerja dah.grad tahun 2008 dulu. hahahaha


happy working ladies!


bye
20.01.2015

Saturday, January 17, 2015

# counting 39 : Wadi Hadramawt


semalam rupanya angah tak jadi jalan Melaka

katanya kaki sudah serupa besen hahaha

jadi memang malas la nak jalan

bila kaki dah bengkak memang sakit sikit nak bejalan

jadi kami jumpa di Ampang

lunch pukul 5 petang

makan di Wadi Hadramawt Jalan Ampang

not bad makan sana

tapi best lagi Nasi Arab Damsyik di Senawang

semalam mak ke kenduri kawin kat shah alam

ada la mak singgah kedai arab juga beli fruit juice kat sana

ada membeli pati jus africot juga di bawak pulang

kedai tu memang jual barangan arab

mak yang jalan sorang pun boleh shopping sampai rm70 beli jus

kalau aku yang pergi sana tak tau la ape benda terbeli hahaha

since harini Ahad hati tu teringin nak cari blouse

baju yang sedia ada Nampak nya dah tak muat nak masuk ke perut T___T

selamat berhari minggu semua

esok masuk kerja hihihi

bye

18012015

Friday, January 16, 2015

# counting 40 : Saturday

selamat hari Sabtu semua
harini saya tak kemana la duduk rumah je
plan nya nak jumpa angah and nak makan sama dengan angah
Nampak nya angah nak bejalan ke Melaka ngan suami beliau
mak kita plak pegi jemputan perkahwinan kat shah alam
oleh kerana saya yang tak berapa nak larat ni malas la nak join makan nasi minyak
tadi dah selesai siapkan sophie mandi
now turn ammi ngan paksu la nak besiap plak nak cari makanan lunch
korang suka lagu arab tak?
I love Arabic song dari kecik lagi
tapi dulu dulu suka dengar lagu cheb Khalid
skarang dah tua ni ada citarasa pandai lah kenal penyanyi macam nancy ajram /maya diab etc
ni salah satu lagu yang saya minat dari nancy ajram

selamat mendengar sama sama lah ye
jumpa lagi
bye

17012015





Thursday, January 15, 2015

# buddy


Berjaya rupanya kita makan sama harini Onn
Glad to see my best buddy today
Esok esok kita gi makan lagi Onn!
terus semangat nak sambung blaja ni wuuuu
onn kata kau beranak beranak la dulu baru pikir! hahaha
ok. sejam setengah lagi and kita akan pulang yey!
harini satu kerja tak usik lagi ni T______________T
*malas*

# counting 41 : kisah loaner

harini nak kongsi gambar ni


 
I love you Mak
 
I always do.
 
 lupa nak cerita smalam
 
kita dah tukar line maxis
 
nombor masih sama
 
lega sikit tak payah nak melekat kat dinding office sebab nak tangkap coverage
 
workstation saya ni sebelah sangat dengan maxis tower tu
 
jadi kena block siap siap dah celcom
 
maka memang susah kalau nak terima whatsapp ke apa ke bila masuk office
 
bila dah tukar maxis duduk pun dapat full line and 3G mobile data
 
semalam bank dah call
 
Alhamdulillah loan dah approve
 
minggu depan kita dah boleh ambil kereta
 
form baby pun dah amik semalam kat clinic
 
harini ada plan nak makan dengan onn
 
tak tau la menjadi ke tidak ni hihihi
 
selamat hari Jumaat semua
 
happy working and enjoy your weekend :)

bye

16012015


Wednesday, January 14, 2015

# counting 42 : listing

good day :)
 
untuk beberapa entry akan datang aku akan guna #numbers sebab ini merupakan salah satu cara aku buat countdown
 
countdown of waiting my husband to be home again
 
:)
 
he is away again last night dan harini lah counting begins at 42 days
 
so kalau Nampak asik nombor je yang jadi entry blog tu jangan pelik pelik plak haha
 
what happen this week. earlier this week..
 
ok nak start mana satu tah
 
mungkin kita boleh start with land survey and property purchasing
 
last week aku dan suami dah jalan ke Tanah yang tuan haji mazlin nak jual di Semenyih
 
Tanah ni memang lah sangat luas
 
cerita nya tuan haji ni nak anta anak kembar dia ke Australia.
 
dua dua dapat sambung blaja sana..
 
jadi dia tanak buat loan atau gunakan simpanan sedia ada
 
sebab tu la dia bercadang nak jual Tanah dia
 
Tanah ni memang milik keluarga tuan haji ni
 
cuma Tanah dia away sikit dari jalan besar jadi Tanah dia ni tak terkena dengan projek highway kasih yang kerajaan bakal buat dalam masa terdekat ni
 
Tanah yang kami tengah tengok ni close to Kaseh Interchange nanti
 
kakak kepada tuan haji ni Tanah nya masuk untuk jalan tu jadi kakak dia dah pun dapat pampasan dari kerajaan
 
jadi since Tanah tuan haji selamat
 
kami ambil peluang ni nak cuba untuk beli
 
minggu depan minggu yang busy la bagi aku sebab nak try submit loan Tanah ni
 
hopefully lepas lah dengan pendapatan dan nama bersama ni
 
luas Tanah 32,000 kaki persegi
 
wish us luck on that :D
 
awal minggu ini juga aku dah submit loan untuk kereta
 
Nampak nya kereta impian tak dapat di beli due to space concern
 
awal plan untuk aim kereta aku sebenarnya ialah nak membeli Volkswagen MK7
 
mulanya kami ke showroom nak tengok Gold Tsi 1.4
 
sebab aku nak go for moderate car sudahlah
 
nak bawak pergi balik kerja je tak kemana dah
 
suami pun nak beli kereta lain maka adalah baik aku beli je kereta kecil
 
tapi sebab stok Tsi dah habis
 
aku plan for test drive Golf Gti 2.0 which is my dream car..the MK7
 
bila test memang la MK7 adalah the best
 
tapi suami tetiba nak test drive kereta yang lebih luas
 
and we both fell in love with the car
 
sekarang aku tengah tunggu apa kata bank samada lepas ke tidak nak membeli kereta nya
 
inshaaAllah yang itu kalau ada rezeki ada lah.
 
kalau tak ada kita cuba lagi lepas myvi dah tukar nama hehe

perkara lain yang dalam proses ialah

*Gymboree sophie

tengah survey nak hantar sophie pegi Gymboree mana every weekend starting February

*Insurance perubatan adik sophie

dalam proses submission juga

malam nanti harus la ke clinic nak collect form dari doctor untuk submission 

*emas. plan nya nak survey gelang kaki ke dua pulak hahaha
 
oklah till then
 
jumpa lagi esok dalam entry # counting 41 hahaha
 
selamat bekerja
 
oh ya aku pun baru masuk office harini
 
setelah beberapa hari cuti Mon-Wed
 
suami pun dah selamat sampai Dubai ni.
 
semalam dia naik Emirates
 
happy working!
 
bye
 
15012015 
 
 
 
 

Sunday, January 11, 2015

# cuti

 
selamat pagi semua
 
harini aku cuti
 
amik annual leave since suami dah nak start on job again this coming Thursday
 
maka last week cubaan buat ikan percik tu so called menjadi sebab adik dan suami makan kata rasa masak percik
 
assume menjadi lah tu
 
since semua orang most probably bekerja kan
 
nama pun Isnin
 
maka I assume semua orang pun busy lah
 
tadi sebelum bukak blog sendiri ni aku ada ternampak blog kak azie kitchen
 
dia share resepi harini resepi daging kerutuk Kelantan
 
Nampak macam lazat je
 
kejap lagi kena tulis la resepi jadi esok saya boleh cuba ;)
 
aku amik cuti annual leave 2014 sebenarnya
 
ada lagi 3 hari tak habis
 
jadi nak bagi perabis sebelum cuti lagi lama bulan 4 ni
 
alang alang kan
 
cuti AL 2015 Nampak nya akan di simpan rapi lah dan boleh la buat perabis untuk bulan 1 2016 pulak
 
ada kemungkinan awal 2016 tu memang nak pakai cuti banyak sikit sebab kalau ada rezeki tu nak pegi madinah inshaaAllah
 
oooh misi kereta ku
 
minggu cuti inilah minggu aku nak setelkan hal kereta
 
si putih dah ada yang sudi
 
sungguh pun dia kereta lama umor dah 6 tahun
 
tapi dia ada banyak sentimental value dengan aku
 
banyak berjasa
 
banyak menolong
 
dan tak pernah la buat hal
 
Alhamdulillah dulu dulu nak kemana aja boleh dengan putih aku tu
 
since makcik aku yang nak sambung bayar maka terubat la rindu bila nak tengok balik je kampung nanti Nampak la dia :)
 
kereta apa yang aku pilih untuk 5 tahun ke depan ni?
 
hahahha
 
inshaaAllah ada la nanti bila dah siap semua nya dan ready nak bungkus bawak balik rumah :D
 
till then
 
take care
 
bye!
 
12012015


Tuesday, January 6, 2015

# masak

angan angan orang sakit tekak tinggi harini
 
nak masak sup sayur dengan ikan percik
 
menjadi ke ikan percik aku jap lagi tu?
 
nanti aku apdet
 
kalau jadi takde la malu nak post kat ig
 
kang kena kutuk je ikan percik tak jadi LOL

# WFH

baru perasan rupanya entry bulan 12 langsung takde hahaha

so aku tak wish pun kawan kawan Happy New year 2015

semalam dapat gamba comel dari Onn

it mentioned that babies 1985 will be celebrating their 30th birthday this year

:D

aku pun masuk dalam group 3 series lah tahun ni

semalam masa orang Tanya umo akak brapa

oh yakin je cakap akak 29

still 29 lah kan sebab ada lagi 10 bulan nak masuk 30 hehehe

harini aku duduk rumah

I am working from home

sebab mak takde

mak pergi lawat alang and family kat Rantau Panjang

kemain lagi mak kekonon anta misi kemanusiaan la anta barang dapur semua

end up tak sampai setengah hari dah update pegi shopping LOL

semalam ada sale tudung bawal kat kedai Rantau Panjang

apa lagi kan

masing masing pun pesan memesan la masing masing 10 helai tudung

last week aku dah membeli 10 helai tudung pesan mak kat Tanjung Malim

pastu this week pergi beli lagi mashaaAllah perangai

janji banyak sikit collection tu kan

nak mengabiskan 4 bulan ni sebelum cuti panjang

sambil sambil WFH ni aku sempat lagi la tengok tengok kasut online

selambe je sambil keje sambil pandang amazon laaa

pandang ebay laaaa

macam macam keje aku ni baru la jadi multitask hahaha

oh ye currently I am looking for baby cradle

tengok ebay ada dapat dalam 200usd termasuk shipping

kalau kat babies R us Malaysia belum check lagi

ada masa petang AFTER WORK kita boleh pegi mid valley pegi check

kenapa after work? sebab aku tengah keje ni

hahahah actually ni masa lunch. aku isi masa dengan defrost ikan and cuci baju jap

lepas ni tengok balik keje

nasib  baik sophie baik takde mengacau ammi dia ni

oh ye aku tengah suffer sakit tekak yang sangat sakit I have no idea apakah sakit tekak ni punya serangan

sakit sampai tejaga dari tido tu

pukul 430 pagi dah sakit terus tak boleh tido

and now I am not yet had my sleep lah

sambil sambil tak tido tu tahan sakit tekak tu pegi tengok kasut manolo online

sikit sikit terubat sikit sakit tekak aku ni cuma wallet la sakit nanti haha

oklah jumpa lagi esok esok

bye!

07012015

# lama

kenapa lama?

sebab memang dah lama aku tak singgah blog sendiri

hello blog :)

busy sejak balik kerja haritu

cuti lama lama

masuk tahun baru

ada je la macam macam aktiviti

harini rasa nak demam baru aku teingat nak menaip

apa benda nak apdet hmmm

dah Berjaya pergi dan pulang dari Houston dengan jaya nya

Alhamdulillah sihat sepanjang trip kerja

kisah rumah paling latest kena apdet ialah dressing room

akhirnya kami dah decide which company to go untuk buat dressing room

dorang dah datang ukur ukur dinding segala

quotation belum sampai

tapi nak start pasang nya kena tunggu suami balik lagi sekali

sebab proses nak siap pasang semua sampai jadi dressing room tu makan masa sampai 2 minggu

I want it to be perfect

I don't mind to wait a month after before suami balik lagi skali and start the work.

we plan on changing the sofa atas living hall atas

sebab angah akan pindah bulan 2 maka kami tak boleh beli sofa lagi

plan nya nak angah ambik sofa sedia ada

congratulation to angah and yasir

they already own a house near to my house too

tahun ni dengan kehadiran new born baby they also managed to buy their own house.

rezeki 2015 :)

plan ahead untuk 2015 bagi aku blom brapa clear lagi

cuma dalam masa terdekat aku dan suami nak go for land and property investment

which the plan is for me to start buying a land for property and husband will start looking after a contractor to build a row of houses on the land.

plan nya memang banyak kerja

tapi InshaaAllah kalau di mulakan dengan langkah pertama progress tu akan ada hasilnya.

oklah it is time to go home now

I need some rest nafas ku dah panas ni nak demam urat rasanya

see you ladies later

bye.

06012015