Friday, February 13, 2015

# patchy

siapa sini suka cadar patchwork?
emak aku adalah big fan of cadar patchwork
tiap kali pegi kedai langsir ke kedai cadar ke even jalan jusco ke dia akan stop dekat ruangan cadar ni dan tengok patchwork set
di sebab kan tak pernah beli 
tetiba angah kata kawan dia ada jual
cuma set ni beza beza set nya
ada yang datang dengan sarung bantal dan comforter
ada yang datang dengan sarung bantal dan cadar sahaja
nak complete jadi satu set beli 2 set lah jawabnya 
tapi kalau korang ada cadar plain yang boleh match dengan patch set comforter dan sarung bantal
beli aja 1 set 
masa angah pos gambar patch work set ni aku dah cakap dah dalam ati...
mak tak beli memang tak sah la
nak merasa aku pon booking sama
nah! 
2 design available di rumah sekarang
emak dah siap pasang lawa lawa dah
aku dah cuci pasang belum lagi
tunggu boyfriend kita balik la baru rasmi baring atas cadar wangi hehehe

siapa berminat?
boleh whats app aku ya.






# erti hidup



aku dengan angah memang ada masa kami akan lebih memahami dan bertolak ansur 

ada keadaan yang kami betul betul serius 
when it comes to study 
aku dan angah memang ambil berat
tak kira lah zaman apa kau hidup
pelajaran jangan sekali kau tinggal belakang
tak kira lah kau anak orang kaya yang makan tak habis sampai nyanyuk
pelajaran ada kunci kehidupan untuk kau teruskan hidup ni
ilmu dunia dan akhirat kalau boleh sama sama lah ambil bagi tak sesat kat dunia tak rugi di akhirat InshaaAllah 


MANJA 

dalam belajar tak pernah ada lah istilah manja 
kau nak manja dalam belajar jawab nya kau dapat corot lah dalam kelas
jadi bodoh sampai tua 
nak manja kena ada tempat 
manja dalam belajar bagi kami tu alasan semata mata
jangan suka sangat buang masa
kami bising sebab kami ambil berat
kalau rasa manja perlu di ambil kira kami akan anggap kami tak ambil kisah kau kerja tukang cuci je esok ya! 


SENTAP

ni pantang aku bila aku dengan angah tegur nak SENTAP
sentap boleh apply dalam hidup tapi bukan dalam belajar
kalau sentap orang tegur masa belajar kau bodoh lah sampai tua
kenapa orang tegur? sebab orang dah lalu apa yang kau rasa dan kalau boleh orang nak kau jangan lalu apa orang rasa sebelumnya.
pendek kata nak yang terbaik untuk kau
kau nak sentap orang kata muka kau penuh jerawat takpa
tapi kalau kau sentap orang kata kau lemah syllabus ni..lepas tu kau buat muka dan berharap orang tu tak ajar kau lagi.. tu lah signs of manusia ego, bodoh sombong tak bertempat



ALASAN 

alasan nak berjaya subjektif
kalau sekarang kau dah pandai bagi alasan 
esok jangan tanya kenapa alasan itu lah yang menjadi kan kau sekarang
hidup ni takda tanda berhenti
selagi kau buka mata hari hari
selagi kau bernafas 
tidur bangun lalu hari demi hari
pernah kau perasan tak masa tu berhenti? 
jadi jangan bagi aku alasan kau busy, kau banyak kerja sekolah jadi tak ada masa nak buat latihan tambahan etc
aku pernah sekolah
angah pernah sekolah
bab penjagaan kulit muka ni memang lah tak pernah cross dalam kepala aku pon
sampai zaman skolah dulu orang panggil aku Nurul merah
kenapa ?
sebab muka aku ni penuh dengan jerawat merah merah penuh kat muka
angah tu tak ade masa dia nak fikir nak kurus kan badan la nak begaya gaya macam budak skolah skrang ni. 
masa sekolah ialah masa kau hempas pulas 
sebab zaman sekolah tak datang 2 3 kali kecuali kau rajin nak patah balik



PERLAHAN

isu perlahan sebab apa?
kau yang perlahan bab hadam apa kau belajar atau memang kau tak terkejar dah semua?
nak slow motion pon biar ada tempatnya 
tak laju tercicir jauh esok jangan malu bila orang tanya kenapa eh kau lemah sangat?



UBAH 

tepuk dada tanya lah diri sendiri
sejauh mana kemampuan aku?
lepas ni aku nak pergi mana?
apa kelamahan aku?
apa patut aku ubah?
dari mana nak mula?
tak tanya sesat jalan. 
rugi sekarang masih boleh di selamatkan. 
rugi kemudian takde sorang pun mampu ubah jalan hidup kau
aku ni dah tua 
masih banyak lagi aku belum habis belajar
kalau aku tak tanya aku bodoh keras je la tak tau apa apa
mungkin sebab nature job aku memang kena banyak belajar dan belajar sampai aku tak sabar nak belajar lagi tapi luar dari school company aku
ini untuk diri sendiri
untuk kepuasan diri 
untuk kita lebih kenal kita ni sebenarnya manusia yang serba tak tahu
baru lah kau belajar apa itu maksud sedar diri.

kita bukan orang senang
lahir lahir kat dunia ni Tuhan tak bagi kita lahir dalam keluarga kaya raya 
takda harta yang dah di assigned untuk kita sebaik lahir macam kerabat raja
tak ada

Life is about choices. You choose, you lead the way.

All the best.

14.02.2015

Thursday, February 12, 2015

# counting stops!

because my husband will be back and ruining my counting!
hahaha
I like it anyway so I don't mind
nah ada satu gambaran untuk mereka si bijak pandai berfikir sejenak dan hadam apa yang aku tampal
semalam TGNA sudah pun meninggalkan kita
Al-Fatihah Tok Guru
memang susah nak ubah mentality dan pandangan orang pada kita kalau tak betul betul kenal siapa kita
setakat dengar berita
baca surat kabar
memang tak kenal siapa dia
ini lah ujian kita sebagai orang Islam
dilemma hidup di zaman fitnah
tak kenal siapa betul siapa salah
yang masih boleh fikir tu bagus la Alhamdulillah
jaga lidah jaga hati jaga akidah
yang main suka tadah je apa orang kata
bukan takat tak tahu apa apa
terperangkap sekali dengan kancah fitnah
fitnah houum nya bukan kecik ye kawan kawan
renung renungkan dan selamat beramal lah
teringat zaman Al-Arqam
macam mana media boleh twist cerita
menakutkan
zaman tu aku skolah rendah memang tak tau apa apa
tengok ustaz ashaari kena tangkap dalam tv
oh cakap dengan mak
jahat nya ustaz ashaari tu bini sampai 10
ajaran sesat
mak pun tak tau apa apa
ha aa betul arqam ajaran sesat
betul ke ajaran sesat?
kau tau dari mana?
percaya bulat bulat apa kata TV
tu la kelemahan orang kita
dapat bulat telan bulat muntah pun bulat juga
arwah ustaz asri tu dulu dari Arqam juga
tapi kenapa ustaz Ashaari yang orang kecam?
masa dia meninggal dekat negeri Sembilan bukan sepuluh dua orang yang datang ziarah
kalau sungguh dia ajaran sesat
orang nak ziarah pun tidak lah
oklah malas aku nak bebel kang orang kata aku extremist hahaha
baca apa Malcolm kata ni dan hadam
bye!
 
13022015
 
 
 

Tuesday, February 10, 2015

# counting 18 : Logik

terima kasih Zamir atau tulisan kau
aku suka
aku setuju
 
 
1. kita semua tahu ini sebab politik. Logik rogol - paksa - rela ni orang tak siuman saja yang percaya.
 
2. sama saja sifirnya dengan orang yang tak suka Umno. Budak - budak Anti- Anwar dan Anti- Umno ni tak ada beza nya. Masing masing gila nak menunjuk mana satu lagi bagus. Padahal sikap selektif depa lah yang paling meloyakan.
 
3. Saya kenal ramai yang pendamkan sikap celik politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Termasuk saya, kami rasa tak berbaloi.
 
4. Dan saya tahu ramai dari kita berjuang setiap hari. Perjuangan kita memang bukan politik, tapi tujuannya masih sama. Menegakkan keadilan dan melawan penindasan.
 
5. Cuma mungkin rupanya lain - lantas di salah tafsir sebagai tidak menunjukkan sikap. Kawan , Clyde pun tak mampu nak lawan system.
 
6. Inikan lawan Tun M. Bak kata James Darby, "You can't fight fate"
 
7. Dalam dunia yang Nick Rice kata... "It's not what you know, It's what you can prove in court" ini saya fikir - teruskanlah melawan kawan. Hanya kita yang faham perjuangan kita. Kerna apa pun yang jadi esok, hidup harus di teruskan samada ketika itu kita sendiri yang menindas - atau di tindas.
 
 
 
  

# counting 19 : up to you

pagi ni aku terasa nak cerita pasal satu benda
hasil dari mendengar red fm masa jem
ia berkenaan kawan
sejauh mana kita kawan dengan orang
up to the extend masa di office kita tak rasa kedekut nak share setiap apa knowledge yang kita tahu
but one thing end up yang buat kita akan jadi NO NO that's not the way
is when it comes to salary
ramai yang bagi pendapat pasal benda ni
should we share berapa kita dapat dengan rakan sekerja?
benda ni sebenarnya subjektif
sebab really
ia really depending on pada siapa kita bercerita
if you think she/he can be trust enough
you can let she/he know
aku ada pengalaman pasal benda ni di company aku kerja sekarang
ni juga adalah kesilapan aku yang mmg silly mistake sangat
masa kat US
kami kongsi taxi
hari hari pergi keje balik keje sama sama sampai aku rasa there's no barrier between us buddy
satu petang tu on the way balik kerja
two of my friends sedang bercakap pasal CL (classification level)
CL ni merupakan ranking yang menentukan gaji kita
cerita cerita one of my friend tiba tiba Tanya aku
so what's ur CL?
I said mine is the lowest if compared to both of you
it doesn't stop there
one of my college ni keep digging nak tau sangat CL aku brapa
and aku kata as the same level as fresh grad
sbb aku baru join so I assume is as the same as CL freshie la
and he make a guess
around xx?
I said about that
aku ngat dia stop kat situ.
he's not
sampai la aku tersasul no la mine is xx...
and he was very shock
mention that my CL is way away dari freshie sebenanrnya
which memang aku sendiri tak tau
that's what I've been told and that's what all I knew
start haritu dia being bit annoying
macam aku ni a step further plak dari dia
at one point aku tak tau pon CL dia berapa
balik dari US aku cuti
aku balik je dari cuti team mate aku cerita
eh kau tau xx cerita pasal CL kau?
aku rase ramai tau dah ni
I was like...surprise sangat
does it really matter to one person who I don't even know well and you are talking behind my back?
that's not cool man...
team aku hanya aku je perempuan di AsPac (Asia Pac)
the rest of the team adalah lelaki
tidak menjadi satu issue bila kami bekerja dalam satu team dan berkongsi idea and knowledge
but when it comes to how much you are getting?
no one talks about it
I have my own view on this
sebab they even told me the same view
being a man
a leader of a family
they are the first income for the family
while we
women
stand as a second income of a family
it differs
bila balik rumah they saw their wife and they know they are earning bigger
that's the comfort zone for them
but when it comes to the office they see you are sitting as the same level as theirs
ia sedikit sebanyak kasi cabaran pada mereka
as a man
and you are the woman
mereka rasa tercabar
which now I understand why
my one friend being acting weirdo since he catch my CL
itu baru CL
CL hanya bagi kau average je
bukan exact amount
kalau tau exact amount tak tau la aku apa dia buat
look
we are working in a different department
different line of business too
different field
different technical expertise
definitely what you are getting tak kan boleh sama dengan what me and my team are getting
even kami dalam team kami sendiri pun tak sama scale nya
face the fact
be happy!
 
if you ask me this question?
wajar atau tak aku share berapa gaji ku dengan rakan sekerja?
jawapan aku ialah
NAY NAY
 
best friends MAYBE
 
surface friends totally NAY NAY
 
college? lagi lah TIDAK
 
LOL
 
Have a good day!
 
11.02.2015
 


Monday, February 9, 2015

# counting 20 : wishlist

tiba tiba terasa nak letak wishlist harini
 
sebenarnya terpandang semalam
 
lepas tu dok minat la sampai termimpi mimpi
 
being me is always begitu lah
 
nak sesuatu sampai mimpi
 
tu petanda teringin sangat lah tu
 
have you ladies heard of watches brand name Larson & Jennings?
 
it is a swiss watch
 
so dia tak se glamor Tissot / Tag Heuer
 
but still ia memang menarik di mata aku ni
 
dari hari tu dok pandang mana lah nak cari
 
lupa dah haritu google ada ke kat pavi atau mana mana shopping mall Malaysia kan
 
rasanya memang butik dia takde kat sini
 
hanya ada di London
 
jam yang aku dok tenang ni material chain
 
warna hitam
 
simple sangat sangat tapi elegant di mata aku ni
 
harga masih berpatutan (around MYR 1200)
 
 
kalau di website untuk online shopping adalah harga tersebut
 
shipping cost aku tak pasti dah masukkan ke tidak tu
 
tapi yang pasti harga nya tidak lebih dari RM2k
 
means masih menepati citarasa dan kemampuan
 
Tissot Touch yang aku dok pakai beberapa bulan lepas tu dah selamat di dalam almari
 
harga Tissot adalah berbeda dengan si hitam manis ni
 
gambar sendiri : Tissot Touch : this cost me of buying around RM2.4k. boleh dapat 2 bijik Larson Jennings :D
 
dah bosan takde la nak pakai
 
kalau dah nama nya berubah hati tu cakap jela kan
 
LOL
 
bukan bosan la
 
lengan aku ni dah gemok sebab pregnant kan
 
tali jam pulak aku dah default as my size je
 
so sekarang memang aku pakai swatch chain tu je bagi selesa
 
jadi ayu la kejap tak boleh melasak pakai jam chain
 
kang tercabut batu batu dekat jam tu habis tak lawa dah hahah
 
gambar sendiri : Swatch ini hadiah harijadi saya beberapa tahun lepas. sekali beli dua jam (chain and skin swatch) sebab husband beli dekat Dubai. murah tak hengat katanya. siap tunjuk dalam video call tak sabar nak bagitau hey I got this for you!
memory 2011** 
 
tapi Tissot is still my favourite! cuma tak ada salah nya nak try koleksi baru ni pulak
 
jadi 
 
untuk ke wish list ini pula
 
anda harus menabung oke!
 
menabung!
 
kalau sempat aku nak cerita pasal weekend lepas
 
cerita Pasir Salak Eco Resort
 
see ya!
 
10.02.2015
 
 
 

Friday, February 6, 2015

# counting 21 : LiFe

sedikit sebanyak this is how my life looks like 


dari awal hingga sekarang 



:) 



ala ala throwback lah kita 



this is me when I first decided to put on my hijab forever InshaaAllah 



when I turn 25 years old 



yes. 25. masa ni masih di Uzma Engineering SB 


gambar sendiri : 2010 : gambar kali pertama hasrat hati kata aku tak mau tanggal tudung dah pasni. masa ni makan di Restoran Jejantas Sg Buloh bersama kawan kesayangan Miss Zue, hey I miss you Zue! :) 

tahun ini juga aku kenal dengan suami aku sekarang ni..setelah buat keputusan untuk nikah dengan lelaki pilihan hati aku ni, perjalanan hidup ini pun bermula...

eceh.

gambar sendiri : 2010 : darah manis. masa ni bertunang dah kami. masa ni kami attend wedding Zura. my adorable cousin :) 

kemudian... kami melangkah ke tangga yang satu lagi


gambar sendiri : 2010 : gambar nikah saya dan suami. ini lah suami pilihan hati LOL

seterusnya kami lalui lagi fasa perkahwinan dan memulakan sebuah famili mini :)




gambar sendiri : 2011 : ini adalah kenangan masa aku mengandung kan Irdina Sofiya binti Mohd Shahrill. Gambar berdua masa mengandung sekarang ni tak ada lagi. nanti boleh update kemudian :D 

kehidupan berubah dari berdua sekarang dah punya family mini. 

 gambar sendiri : 2012 : Irdina Sofiya 1 tahun

gambar sendiri : 2013 : Irdina Sofiya 2 tahun 


gambar sendiri : 2014 : Irdina Sofiya 3 tahun

sekarang sophie sudah pun 3 tahun dan 5 bulan. bulan depan dia dah 3 tahun setengah dah 

banyak dah pandai nya 

Alhamdulillah Allah 

atas rezeki yang Kau berikan 

atas peluang yang Kau berikan pada aku untuk menjadi isteri dan ibu 

now....

2015

aku di beri lagi kesempatan untuk mengandungkan cahaya mata ke dua 

gambar sendiri : 2015 : gambar masa 26 minggu kalau tak silap 

sekarang sudah pun 33 minggu. 

lagi besar berjaya la dah perut aku dari gambar tu LOL

Alhamdulillah masih sihat 

masih mampu drive pergi kerja 

minta minta sihat sampai bila bila ni haha

cerita pregnancy kedua belum start tulis

nanti aku tulis ya

happy weekend ladies :)

bye!

07.02.2015





# counting 22 : the before and after

I know I should have buy this for Adik like a very longggg time ago

tapi 

yet

being me

soooo me

I tend to forgot things T____T

kadang kadang berjanji lepas tu lupa

kadang kadang bercakap nak beli lepas tu lupa lagi

orang yang menunggu pun malas la nak cakap 2 3 kali kan

dia pun tahu fed up jugak

and so..

setelah sekian lama nya 

dari hujung tahun lepas aku plan nak cari rak buku untuk adik

last week nampak nya misi tercapai

tiada lagi buku sepah merata

tiada lagi kertas di koyak racik acik sophie

no more

it is a relief 

adik definitely lebih relief setelah berapa kali tanya baru along dia teringat nak membeli kan

sorry dik

this is the rack that I buy dekat kedai furniture nama nya Green House Furniture Jalan Reko 

Ia bukanlah almari yang mewah sebab sekadar rak buku nak susun buku saja

dengan harga RM 250 I am able to get a 6 feet high of book rack siap pintu slide kaca :D

rak buku dalam bilik aku lebih 6 kaki tinggi dan kayu nya jenis jati

tapi style nya takde la bercermin kaca macam adik punya even almari buku adik ni type chipboard sahaja 

selesai adik kemas almari dia nampak lagi kemas dari almari buku aku sendiri LOL 

semoga bilik kau sentiasa kemas lah ye dik ;)

gambar yang diambil sebelah kiri ni adalah gambar setelah lemari buku sampai dan sebelah kanan nya selepas adik mengisi buku dan aksesori beliau

jadi lahhhh 

dari takde lemari langsung 

kan?

07.02.2015

Thursday, February 5, 2015

# counting 23 : Love

hey Alan
somehow I have to say I heart this quote too!
 
gambar dari twitter Alan
 
happy weekend ladies!
 
esok kita cuti.
 
engkorang nak pegi mana?
 
06.02.2015
 

Wednesday, February 4, 2015

# counting 24 : sebab kau comel

Dalam lift nak pergi lunch
Eh…
Hm?
Ni seluar baru eh you?
Haha..aah. seluar dah tukar saiz,now L haritu M
Hahaha comel
Thank you…
You, you ada banyak seluar maternity kan? From S to L size dah you ada, you nak buat apa dengan previous size punya seluar tu?
I tak fikir lagi haha..tapi I plan nak archive jelah
You nak ngandung lagi ke tahun depan?
Ah? Eh noo lah, perhaps another 4 years I will get pregnant again InshaaAllah

Oh kalau camtu why not you sell off je seluar saiz S to M tu. You baru pakai berapa kali je kan. Kalau jual kat mudah ke dekat Instagram you ke mesti ada orang nak beli tu.
Nak jual? Aiyoo ada ke orang sudi nak beli seluar I ni haha
Laah seluar you baru lagi. I yang tengok hari hari I tahu laaa.
LOL
(mute kejap)
Keluar lift sambil jalan ke KLCC
Atau…
What?
Eh
Ha?
Camni la you,
Apa dia?
You jangan la jual seluar seluar you.
Hahah kenapa nya?
Sebab mana tahu..kalau I ada rezeki tahun depan I pregnant, you kasi I eh seluar seluar you? Boleh tak?
Oooh boleh je…you sudi ke nak pakai seluar I ni? Kang I ada kurap kang u acaner?
Kurap??? Pecaya sangat la I you ada kurap kan.
LOL
Simpan eh? Kita kan sama saiz. Kalau ada rezeki I you anggap la archive pada I eh?
Bolehhh no problem.
*smile*
Kalau dah kawan kan…rapat. Satu cawan minum kadang kadang. Kongsi roti bila lapar. Seluar tukar tuan pun takpa.
Tapi tu zaman kita uni dulu. Tak sangka aku jumpa lagi kawan yang buat aku rasa we are not that old yet.
LOL
Apapun kau memang comel! Thank you for being my friend thru good and hard time!

05.02.2015

Tuesday, February 3, 2015

# counting 25 : Olay

aku ni tak pernah la selama ni mencuba krim muka yang macam macam
kalau dapat test satu product dan rasa ok itulah yang aku pakai
sebelum ni pernah pakai Olay ni tapi aku rasa muka aku habis minyak
tapi sebab semalam aku nampak angah pakai Olay ni
aku rasa cam...eh nak pakai la
adakah ini perangai semasa mengandung?
tengok mazlan bawak bantal sandar kat kerusi
eh nak beli lah
beli bantal...
Nampak kerol ngan mazlan beli slipar buat g surau kat bawah
eh nak beli gak la
beli selipar...
aku harap ini bukan lah satu tabiat dengki dengan kawan kawan LOL
ini cuma kehendak
kehendak nak sama ngan kawan kawan LOL
and so
di sebabkan dah sampai Guadian KLCC
kita singgah rak cream
kita cari Olay White Radiance ni
cuba lah pakai agak agak ok ke tidak
kalau ok kita repeat
kalau tak ok kita pass kat emak kita LOL
malam tadi aku ada Nampak belog Radiance Signature tu
tengok facebook Herskin tu...
rasa nak sesangat cuba
tapi belum contact agent nya
tengokla bila free boleh roger and out
tapi kalau boleh nak pakai lepas lepas beranak ni lah
nak cuba macam macam ni kang chemical susah jugak
jum try
Olay - Only RM39.90
kalau elok kita kasi awak bintang
kalau tak serasi kita diam jelah :D
 gambar sendiri

04.02.2015

# counting 26 : School

Good day ladies
 
welcome to EM school
 
this year..
this is the menu list available for me to pick
starts up with the Fundamental 
up to Specialist Skills
 
the time range given is pretty long
8 years to complete
complete with-
 short assignment (5 weeks - 3 months)
long assignment (18 months - 3 years)
attachment (varies)
bonded project (varies)
etc
 
:)
 
 
 
good luck to myself
chaiyok!!
 
semoga jadual master semester baru untuk aku mulakan tahun ini tidak membunoh seperti ini
 
amin...
 
04.02.2015
 
 
 


# counting 27 : berus gigi

hello
kalau dah nama entri nama nya berus gigi
definitely aku akan cerita pasal berus gigi
semua orang ada pilihan berus gigi masing masing
up to the simplest gosok gigi manual atau bateri 
i used to have alot of changing brand untuk berus gigi
masa kat US beli lah berus gigi pakai bateri tu 
end up aku tak pakai pun sebab rasa tak bersih gigi ni completely
pernah pakai oral B tapi berus oral B ni terlalu tebal dan tak sesuai untuk gigi aku ni 
adakah aku yang terlalu particular bab ini? 
I'm not sure but I have found my solution for that
sebelum aku jumpa brand ni aku pakai systema 
aku suka berus gigi yang berus nya halus dan boleh bersihkan celah celah gigi yang mustahil nak sampai
berus gigi systema ni bagus tapi berus nya pulak terlalu lembut sampai aku rasa ok I brush my teeth tapi tak bersih mana jugak
*mungkin sebab aku pakai systema soft type kan*
seperti orang lain aku akan ganti berus gigi setiap 3 bulan
jadi bila dah sampai masa aku kena survey berus gigi yang aku boleh bertahan untuk 3 bulan tu
masa pergi makan di Metro Point Kajang 
aku tergerak hati nak masuk kedai Cosway
have anyone heard of Cosway?
dia ni macam kedai franchise juga yang jual barangan kesihatan up to barangan keperluan rumah
macam Guardian , Watson tu
bezanya dia ni ada pulak keahlian nya
cuma aku tak register lah..
sekadar membeli sebijik berus gigi setiap 3 bulan nak jadi ahli pulak? LOL
kat kedai Cosway inilah aku jumpa berus gigi ajaib ni
nama nya Xylin
nama dia memang tak pernah masuk iklan tv setahu aku
tapi keberkesanan berus dia ni dan tahap mencuci gigi dia adalah 4 bintang bagi aku
rating paling tinggi aku pernah bagi untuk jenama berus gigi dalam Malaysia LOL
gambar sendiri: manual juga yang hebat dari bateri ni 

ini merupakan kali ke dua aku repeat membeli berus gigi brand ni di kedai Cosway 
hopefully Cosway tak stop lah supply berus gigi ni ye
mula mula pakai berus gigi ni memang rasa sakit segala celah gusi kau sebab dia punya berus tu sangat lah halus dan tough 
tapi membersih tahap aku puas hati
aku ni ada certain benda yang aku boleh tolak ansur dan ada benda yang kalau tak jumpa selagi itulah aku tukar tukar tukar T_T 
that's just me being Mira 
harga nya pun tak mahal untuk sebiji Xylin toothbrush ni
hanya RM 9.00 satu 
total cost nak guna untuk setahun cuma RM36 sahaja
mahal lagi dari harga korang beli blouse mahal mahal tiap tiap bulan :)

kalau korang masih belum jumpa berus gigi yang memuaskan hati korang perhaps ini boleh membantu

cubalah! ;)

til then 
bye! 
03.02.2015