Monday, January 26, 2015

# counting 33 : online food shop

hello ladies
harini aku tak ke office
emak got her appointment today and I am home today
whole day...leave
aku dengan angah masing masing cuti
angah also ada kat rumah aku
sebab yasir ada warden sampai Selasa
so..ada dua ibu mengandung di dalam rumah ini
two pregnant ladies and one kid :)
actually counting dah up to #counting30 tapi nampak nya keciciran entri pulak kita :D
oklah harini aku nak cerita pasal satu kedai ni namanya eclipstore boutique
lokasi nya terletak di Dolomite Park Avenue di Batu Caves
kedai ni terletak di tingkat 1 baris hadapan park avenue ni
tujuan utama aku sampai ke sini sebab masa hari Sabtu lepas aku dok tengok instagram..
lepas tu ternampak lah satu account instagram ni nama nya lasagna lazat
bukan main la nak drive dari Kajang sampai ke Gombak semata mata nak makan lasagna lazat ni
sesampai nya aku di sana aku panjat tingkat 1 kedai ni
kena buka kasut
ok kita buka kasut
lepastu aku pun walk in ke dalam kedai
suasan kedai ni lawa not bad lah
cuma saiz nya agak kecik untuk aku yang gemuk ni
rasa seperti sesak napas sikit
bilangan meja untuk kita having here is pretty limited
aku kira ada 4 biji meja je available
konsep kedai makan online ni more on modern ke vintage ke aku tak pasti tema sebab aku ni bukan interior designer LOL
tapi konsepnya more on kerusi yang takde sandar, meja makan ada lapik meja kotak kotak. dan ada susunan jar yang banyak menceriakan suasana kedai.
ada rak yang besar dan tinggi sebelah dinding untuk jualan cookies yang orang hantar untuk jualan online
side ke belakang ada ruangan tu ada ruang untuk dorang jual handbag, shawl dan macam macam barang aksesori lain yang orang jual online untuk kita beli secara COD.
keseluruhan food yang di jual di kedai ni bukan dari kedai tu sendiri sebab konsep dia ialah jualkan food online
jadi pengeluar food online letak semua makanan mereka kat sini untuk di jual
kalau kita nak makan kat sini kita akan makan makanan yang di take out
takde la makan atas pinggan cantik saiz L
kita makan dalam polistrin berlapik pinggan plastik
maybe I am just way too old to enjoy the scenery dalam kedai ni sebab saiz yang pretty small
tapi aku tengok ada je family yang bawak baby makan sana
siap breastfeed anak lagi dalam kedai tu comfortably
maybe the place is just not meant for me and my family I guess
mak aku awal awal masuk dah kata tak payah la makan sini
sebab dia pun dah tua kan so dia expect the place would be big and exclusive
sorry mak this is my first time too
but all and all I bet konsep kedai makan macam ni ada fan nya sendiri.
ada peminat nya sendiri yang support this bussiness
sebelum balik dan heading to Wangsa Walk makan di Ucafe
aku ada purchased beberapa food kat sana
sayangnya ke esokan hari nya mak kata nak cuba satu food ni nama nya apa tah aku ada beli kat sana dengan harga RM12
Afzal baru perasan tarikh expired nya dah 5 hari lepas
agak suprise kenapa aku tak perasan food macam tu masih ada dalam freezer kedai tu untuk di jual.
bukan ke organizer kedai ni kena pastikan takde food yang expired di jual dekat kedai instead orang rasa tertipu beli food dah expired??
mak aku suruh komplen dalam ig kedai tu tapi aku choose not to
cuma berharap kedai ini lebih concern dengan kualiti makanan yang dia nak jual supaya benda mcam ni tak jadi lagi.
so siapa siapa yang berminat nak take a look at the shop boleh la nanti google eclipstore boutique gombak.
korang sure jumpa
the rest of the food are okay and most of it dah habis di makan.
ini apart of food yang aku beli kat sana.
susu kocak tu is the best so far
pandai orang yang buat nya tu

gambar sendiri

gambar instagram


lepas ni aku nak cuba beli stripped juice yang che ta dok iklan kan tu

nak merasa ape ke rasa nya
kalau walk in ke boutique nya pun boleh dekat TTDI.


ok la nanti kita review lagi kalau aku ke kedai lain lepas ni.



bye bye!



27012015