Friday, March 13, 2015

# orang kita

bila mula komen ni ada lah yang mula sentap bermuka petak ni
tapi ini lah hakikat
orang kita....
kita ada isu paling sensasi buat masa sekarang ni
bukan kes liwat II 
bukan kes DSAI masuk penjara sungai buloh
kisah itu belum basi tapi tidak se sensasi GST
bila aku komplen pasal GST ada kawan kata nampak sangat aku ni pembangkang
lantak la kau nak kata aku pembangkang ke apa 
aku tak sentap mana pun sebab aku bukan pro kerajaan
jadi cara tidak langsung aku memang pembangkang 
sungguhpun aku bangkang aku tak kata pulak aku puak PKR 
apa reason aku bangkang?
sebab aku tak suka ikut je apa sistem kerajaan ni buat macam lembu kena cucuk hidung
kebanyakan orang kita benda dah tak betul tetap setuju
tetap kata betul la tu betul la tu 
korang ni minum samsu ke apa?
wake up lah wey
jangan jadi bodoh
benda yang merugikan korang pun korang tetap nak sokong dah kenapa?
benda paling klaka bila korang masih setuju bila GST di kenakan
korang tau tak GST tu apa? 
korang tau tak apa effect nya pada kita tuan puan pengguna?
belum lagi GST kena implement semua kedai dah buat harga baru barangan
semalam aku pegi mydin nak beli sos cili kena tarik balik dekat kaunter
kau tau kenapa?
sebab mydin tak sempat nak selaras harga baru 
jadi dia tak bagi orang beli
sanggup kau tak kasi orang beli sebab kau tunggu nak naikkan harga besar besaran
apa yang korang untung sangat dengan menyokong GST ni?
kalau aku bising pasal barang harga naik tu tandanya aku ni pembangkang ke?
itu hak kita sebagai pengguna 
usah la TULI sangat
korang nak sokong kerajaan atau korang ni memang sampai mati pun untuk kerajaan pun aku tak kisah tapi sekurang kurang nya fikir lah-
gaji korang berpuluh ribu sampai tak kisah pasal harga barang naik? 
kaya sangat nampak orang kerajaan ni
tu yang sentap bila aku sentuh isu harga barang naik
terus kata aku kuat membangkang
hahahaha klaka
memang betul lah... 
dari mata pandangan aku ni
kami yang bekerja di industri minyak dan gas
industri professional
lebih kenal dan lebih tau pasal masalah semasa 
gaji kami mungkin jauh lebih baik dari hangpa 
tapi hangpa lebih relax buat tak tau pasal malaysia yang dah hampir nak inflasi ni
barang naik mendadak pun hanga tak rasa apa
pelik
kami bercakap sesama sendiri di pejabat
dengar pendapat kawan kawan apa akan jadi kalau ekonomi terus menjunam macam ni
bukan menadah je sokong membabi buta sistem yang di bagi macam mendengar tapi telinga pekak sebelah
rugi lah jadi orang kita
RUGI