Thursday, March 19, 2015

# because it's Friday

Friday
Rabu Khamis Jumaat Ammi ada kat rumah
memang masa gembira
tapi sebab hari ini hari Jumaat
lebih gembira
sebab apa?
sebab esok Ammi saya cuti
so Ammi pun tak perlu tengok lappy lagi
boleh tengok Sophieeee

my activity hari ini
selepas letih sepahkan all my toys and pencil and markers
Ammi kutip sambil membebel sebab satu cap marker color orange tak jumpa

I am just sooo happy to be me.
My one and only Sophie.



rumah saya takda Trampoline
but bed Ammi dengan Ayah ni sesuai je jadi my home trampoline ;)
jumping and jumping and jumping!



# save the date


dua hari lepas dah dapat confirmation dari KPJ 
hari untuk OP ialah 3.4.2015 
April the 3rd..
so..it is time for me to save the date and be prepared 
doakan yang baik baik aja yah
InshaaAllah :) 

esok suami saya pulang
*excited hahahah*

lepas tu baru kejap ni sampai dah baby cradle saya 
nanti saya unwrapped
sekarang tengah malas nak sepahkan kertas kotak segala


okbai

***

20.03.2015

# the midwife massage therapy

dah berapa hari aku tak boleh tidur sebab kadang terasa sesak nafas 
lepas tu nak bangun memang hazab la 
nak tegakkan diri dari baring memang susah sangat
it took me few minutes to really gain energy dan bangun 
sampai terasa tahap nak oder katil spital pakai remote untuk turun naik bed tu
harini angah kata dia ada jemput midwife datang rumah
seorang nenek
yang boleh urut lepas bersalin
sambil urut angah aku tumpang selit tanya
boleh tak kalau aku nak urut kot la ada angin ke mana dalam badan ni atau urat yang annoying sangat 
nenek kata boleh
nenek ni nampak tua tapi serba tahu 
terer 
orang lama la katakan kan
nenek nak tengok perut tadi 
terkejut nenek 
hahahaha
katanya besarnya perut kauuuuu
dah ketat sangat dah ni
budak dalam ni besar ni
mau lah dia 3 kilo lebih dah ni
perut emak nya kecik 
dia besar memang ketat 
bila dia bergerak emak nya sakit 
susah tido susah bernafas 
betul nekkkk
terima kasih kerana memahami kesukaran hidupku sekarang
nenek uli urut mana patut
sapu perut ke lembut lembut atas perut ni elok je baby pusing
kalau tidak dia melintang nampak petak segi empat perut aku ni
sakit nya Tuhan saja lah yang tahu
selesai nenek urut gagah dah nak bangun dari lantai 
selama aku ngandung berani pulak aku nak baring atas lantai 
kang tak boleh bangun menangis nak larat kan diri ni
sesi urut selesai dalam sejam suku 
nenek mintak RM70 sahaja 

esok nenek datang lagi urut angah
aku sekali saja sebab nak sihat apa yang tak sihat
angah ambil urut lepas bersalin tu jadi memang kena 3 hari atau 7 hari berturut lah
nak guna khidmat nenek kena jemput dan hantar dia ya
sebab dia takde transport dan lebih selesa nak massage di rumah dan bilik kita sendiri sebab seksi kena berkemban dalam rumah orang
kan awkward jadi nya tu :D

terima kasih nenek yok! 
lepas PP saya pulang 21 hari menjaga saya, saya akan panggil nenek yok betulkan urat saya yang keras je semedang ni